Tuesday, November 2, 2010

ASP Polis di'tumbuk rusuk'nya



Seorang pegawai Polis berpangkat ASP masih lagi 'lapar' walaupun berpangkat, bergaji dan bertanggungjawab besar.

Dek kerana 'lapar'nya, beliau di'suap' dengan wang sebanyak RM4,000.00.

Tak cukup dengan satu suapan, beliau di'suap' sekali lagi dengan sejumlah wang RM5000.00 semata-mata untuk melepaskan seorang tahanan reman.

Setelah di'suap' beliau dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda RM45,000 kerana disabitkan dengan dua kesalahan rasuah di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

al-brangionline:

Amat tidak berbaloi, disuap hanya sejumlah RM9,000, tapi akibatnya disumbat ke dalam penjara selama 6 bulan dan didenda RM45,000.00.

Bukan itu sahaja, nama keluarga tercemar, kehidupan menjadi merana, pekerjaan tetap akan hilang......aduhai.....ingat sebelum kena jimat sebelum habis.

Itu baru balasan dunia.....akhirat nanti sedia menunggu melainkan dengan taubatan nasuha. [sumber .]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.