Thursday, October 28, 2010

Terkini Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim Dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur !!


Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan bermula semula hari ini.

Prosiding hari ini ditangguhkan selepas bermula dua minit, apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memohon untuk berjumpa dengan pihak-pihak tertentu dalam kamar. Hakim tersebut berbuat demikian selepas peguam bela utama, Karpal Singh ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semalam mahkamah menolak permohonan tersebut atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama. Mahkamah terpaksa berehat sekitar jam 2.45 petang semalam untuk membolehkan hakim membuat keputusan sama ada untuk mengarahkan Dr Razali mengemukakan nota-nota perubatan sewaktu memeriksa Saiful.

Hakim Zabidin meminta Karpal terus menyoalsiasat Dr Razali berhubung perkara lain yang tidak berkaitan dengan nota perbuatan itu. Bagaimanapun, Karpal berkata, beliau tidak boleh meneruskan soal-siasat itu tanpa nota-nota berkenaan. Meskipun diasak berulang kali oleh Karpal, Dr Razali enggan merujuk kepada nota awal klinikal berhubung sejarah perubatan Saiful, khususnya lawatan awalnya ke Hospital Pusrawi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.