Sunday, October 3, 2010

Siapa Yang Buat Kecoh Sebenarnya? - JANGAN PERCAYA SANGAT PADA UTUSAN !

Oct 3,20 - Alamak apa dah jadi dengan pemilihan cabang PKR di Sabak Bernam? Dengar khabarnya kecoh bukan main sampai main baling-baling kerusi, sampai ada yang cedera masuk hospital. Woit budak-budak Keadilan yang 3 suku! (Yang 3 suku sahaja yang lain duduk diam-diam).

Korang ni buanglah perangai UMNO tu. Kalau dulu UMNO sekarang dah berubah masuk Keadilan tinggalkan perangai lama masa dok dalam UMNO dulu. Bodoh lama masa dalam UMNO tu buanglah jangan bawak masuk dalam Pakatan Rakyat. Nanti semua terpalit, semua jadi busuk! Baiklah itu saja yang ReJaM© nak nasihat kat orang-orang 3 suku yang bawak perangai UMNGOK masuk Pakatan Rakyat (sekiranya ada).

Namun bila ReJaM© teliti laporan berita di Utusan Malaysia, nampaknya macam ada yang tak kena, jom kita baca sama-sama apa yang ditulis oleh petikan Utusan Malaysia kat bawah ni,

Kejadian Kira-Kira Pukul 8.15 Malam Itu Bermula Dengan Tindakan Sekumpulan Lapan Lelaki Membuat Bising Di Luar Dewan Sambil Menendang Pintu Masuk Utama.

Setelah Itu, Mereka Kemudian Menyerbu Masuk Ke Dalam Dewan Sebelum Bertindak Menimbulkan Kekecohan Dengan Membaling Kerusi.

Difahamkan Tindakan Kumpulan Tersebut Kerana Tidak Puas Hati Dengan Proses Pengiraan Undi Yang Dikatakan Wujud Penipuan.

Timbalan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Abu Talib Bujang Yang Berada Di Dalam Dewan Itu Cuba Menghalang Tindakan Kumpulan Berkenaan.

Bagaimanapun, Tindakannya Itu Menyebabkan Tercetusnya Insiden Tolak-Menolak Dan Pergaduhan.

Baiklah daripada petikan berita di atas, apa yang kita boleh paham ialah:

  1. Ada 8 orang tak dikenali masuk dalam dewan pengiraan undi, mula-mula buat kecoh, sepak pintu, lepas tu masuk dalam terus baling kerusi. Maka kita curiga di sini, siapakah mereka ini? Hahaha biasanya kalau datang-datang tak beri salam terus baling kerusi orang gila tu kah kah kah.
  2. Wartawan yang menulis laporan ini mengatakan dia difahamkan bahawa orang-orang yang mengamuk itu adalah disebabkan tak puas hati dengan perkiraan undi! Baiklah siapa yang bagi tahu kat wartawan ni orang tu tak puas hati sebab undi? Orang tu tengah mengamuk macam mana dia nak tanya diorang tak puas hati sebab apa?

Jadi kesimpulannya di sini, wartawan ni main besah je ikut kefahaman dia kononnya orang gila yang mengamuk tu marah sebab undi! Takkanlah kalau marah sebab undi sampai nak masuk pukul orang dengan kerusi? Langsung tak masuk akal kecuali orang tu gila!

Namun apa yang malang berlaku di sini ialah, Pakatan Rakyat dah jadi malu sebab insiden ini kerana perangai bangang orang gila yang mungkin diupah untuk membuat kecoh! Jangan nak temberanglah, carilah mana-mana penyokong paling fanatik pun. Semakin fanatik seseorang itu dengan partinya semakinlah dia akan menjaga nama baik parti! Kalau dah senang lenang mengarut macam ni, ini orang luar!

ReJaM©: "Utusan Meloya Surat khabar penipu".

Source: MiLo SuaM: Siapa yang buat kecoh sebenarnya? http://milosuam.blogspot.com/2010/10/siapa-yang-buat-kecoh-sebenarnya.html#ixzz11HflnT7T

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.