Monday, October 18, 2010

DENDAM KESUMAT MAHATHIR TERHADAP PAK LAH & ANWAR - by BLOGMASTERS




DR MAHATHIR TERUS HENTAM PAK LAH DAN ANWAR

Tak habis-habis Mahathir menghentam Dollah Badawi dan Anwar. Dalam kenyataannya di buat semasa ditemui di sebuah forum antarabangsa di Kuala Lumpur, Mahathir berkatabila kamu mendapat dua pertiga majoriti, ia patut digunakan untuk perkara yang betul, dalam empat tahun, daripada 2004 hingga 2008 Abdulllah lakukan banyak perkara salah yang menyebabkan beliau kalah pada 2008.

Beliau turut menyelar bekas timbalan Anwar Ibrahim yang kini menjadi ketua pembangkang.

Katanya Anwar melalui masa sukar sekarang kerana Najib ada beberapa idea yang bagus dan yang tidak berapa bagus.

Menurutnya beliau berharap Najib mendapat sokongan kerana parti alternatif yang lebih buruk akan mengambil alih tampuk kekuasaan (jika Najib kalah).

Nampaknya dendam Mahathir kepada 2 orang anak jati Tanjung (Pulau Pinang) ini masih belum berakhir, sepatutnya dah tua-tua kita maaf bermaafanlah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.