Sunday, October 31, 2010

CALON PKR DI BATU SAPI CABAR YONG TECK LEE BERDEBAT ??


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menerusi calonnya, Ansari Abdullah terus mencabar dua lagi calon yang bertanding di Batu Sapi agar bersamanya berdebat meskipun keduduka atau 'locus standi' beliau dipersoalkan untuk berbuat demikian.

Bercakap dalam sidang media harian di Bilik Gerakan PKR di sini, pagi tadi, Ansari, berkata kenyataan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang mempersoalkan kedudukannya hanya sebagai Ketua Cabang PKR Tuaran, sebagai cuba memutar-belitkan isu.

"Kalau Yong hanya nak berdebat dengan memilih Musa (Datuk Seri Musa Aman) dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), anda boleh teruskan, tapi pelawaan saya tetap dengan tiga calon yang bertanding di Batu Sapi. "Jangan beri alasan pasal 'locus standi', jangan ubah isu, subjek dan agenda," katanya.

Ansari berkata, tawaran berdebat yang dikemukakan semalam bukan perdebatan antara tiga presiden parti yang bertanding, tapi antara tiga calon iaitu beliau, Yong dan calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin.

"Setakat hari ini, surat yang dihantar kepada Yong untuk berdebat sudah diterima, tapi belum ada jawapan lagi. Debat ini tujuannya untuk memberi peluang kepada pengundi di Batu Sapi menilai siapa calon yang benar-benar dapat berkhidmat di kawasan ini serta perjuangkan suara mereka di Parlimen," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Bendari Agung PKR berkata, cabaran berdebat dibuat kerana PKR percaya ia pentas terbaik untuk menilai kewibawaan calon.

"Debat boleh dibuat kalau mereka berani dan kita (PKR) sudah buktikan dengan debat sebelum ini" katanya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.