Wednesday, October 20, 2010

Azmin Berkempen Sebijik Macam UMNO - greenboc





Dalam merebut jawatan di dalam PKR, calon Timbalan Presiden, Sdr Azmin Ali beriya-iya sangat sekrang ini berkempen. Masa mula-mula pencalonan dah ketara sangat bahawa budaya kempen yang dilakukan saling tak tumpah dengan budaya kempen yang dilakukan oleh UMNO.

Peringkat awal lagi dia dah menyerang lawannya habis-habisan.

Kita tak sebut lagi pasal berapa perbelanjaan yang sudah digunakan di dalam kempen pemilihan PKR ini. Calon Timbalan Presiden, Mutaffa Kamil Ayub pernah meminta supaya JPP mengarah calon-calon bertanding isytihar harta dan perbelanjaan kempen. Tetapi JPP dan pimpinan pusat tak nak layan permintaan Mustaffa kerana jika demikian calon favorit mereka, Azmin pasti terkangkang.

Biarlah gambar-gambar berikut nanti jadi pengajaran agar jangan tiru gaya berkempen seperti ini

kerana jika menang pun menang tak bermaruah:

Ini bukan serangan peribadi, tapi teguran yang benar. Terpulang kepada penilaian masing-masing. Di dalam Islam, calon sebegini sudah ditolak awal-awal.

Kisah bagaimana Khalifah Abu Bakar menyerahkan jawatan kepada Umar, kemudian Umar menolaknya menyerahkannya semula kepada Abu Bakar untuk diisytihar Khalifah Islam yang pertama sepatutnya dijadikan model untuk memilih pemimpin.

Abu Bakar tak menyusun ahli-ahli parlimen atau ADUN-ADUN dari kalangan Quraisy yang menyatakan sokongan terhadapnya. Umar pun takda buat kain rentang besar-besar sokonglah Umar jadi Khalifah. Tak juga buat satu majlis khas untuk melancarkan manifesto.

Bila saya tinjau-tinjau ucapan Azmin, rupanya dia tahu satu jer perkataan Arab dan itu digunakan sehabis-habisnya.... "istiqamah" dengan reformasi... tersenyum simpul orang jemaah mendengarnya... Nak buek camano.. sampai takat tu jer dia faham ertinya istiqamah. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.