Seronok Tengok Azmin Bantai Zaid.. Teruskan Azmin.???
Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengecam pemimpin yang baru menyertai parti yang didakwa bersekongkol dengan media Umno untuk menghancurkan parti.
Beliau yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR berkata, pemimpin itu mencerca dan pempersoalkan pimpinan parti secara terbuka melalui akhbar milik Umno.
Katanya, jangan ingat dalam demokrasi akan bebas segala-galanya dan bercakap kepada media yang yang sebelum ini kita kata `kertas tandas.’ Bagaimanapun, ahli parlimen Gombak berkata, beliau akan melawan mana-mana individu yang sanggup menghancurkan parti.
Beliau turut meminta ahli PKR menolak pemimpin ini sebaliknya memilih pemimpin yang telah terbukti kesetiaannya kepada perjuangan parti. "Individu (pemimpin) ini telah mempertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum parti kita.
“Siapa kita nak pertikaikan Anwar Ibrahim. Cermin muka dulu, kalau kita jadi pemimpin adakah kita boleh bawa agenda reformasi,“ katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat PKR cabang Gombak hari ini yang dihadiri kira-kira 100 orang.
Individu ini, kata Azmin turut memperkecil-perkecilkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali.
“Jawatan presiden yang disandang oleh Dr Wan Azizah, dia kata boneka sahaja. Syed Husin , pemimpin yang cukup berpengalam yang menghambakan diri kepada perjuangan parti pula dia kata nyanyuk atau nyanyu.
“Individu ini baru setahun menyertai PKR tetapi tidak faham agenda reformasi yang ditegaskan dalam dekrelasi Permatang Pauh 10 tahun yang lalu,”katanya.
Azmin menambah, "adakah pemimpin ini yang hendak kita pilih menjadi pemimpin parti kita."
Menurutnya, setelah menang besar pada 2008, gerombolan datang untuk masuk PKR dan parti menerima dengan tangan terbuka.
Tetapi, katanya, ada juga yang masuk untuk merosakkan parti.
Dalam ucapan kira-kira 40 minit itu, orang kuat Anwar itu turut menempelak beberapa pemimpin lain yang telah melompat parti.
"Ada ahli yang baru dua tahun menjadi ahli parlimen melompat parti, ada wakil rakyat yang khianat dan ada pemimpin yang tidak tahan diuji lompat parti dan dapat jawatan Senator," katanya.
Azmin ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau akan mencadangkan kepada parti supaya mengadakan sistem iaitu mengutamakan kesetiaan sebelum boleh bertanding.
Katanya, dua tahun pertama setelah menyertai PKR adalah untuk melihat dan menguji kesetiaan.
"Selepas dua tahun barulah mereka bertanding jawatan parti, mungkin cara ini lebih baik kepada parti," katanya. -FMT
Posted by jeebond
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.