Sunday, September 5, 2010

Zam pertahan kenyataannya tentang pemimpin PAS !


Zam menambah lagi bangang Umno

Aku tak tau siapa pemimpin Pas yang Zam kabarkan. Aku pun tak pasti apa betul pemimpin Pas tersebut berkata sedemikian rupa. Aku pun tak pasti apakah YM Tunku bercakap benar dengan Zam ketika itu. Dan aku pun tak pasti apakah Zam juga berkata benar sekarang ini.

Apa apa pun, kesilapan lampau Pas 40 tahun yang lalu sekiranya ada belum tentu boleh dijadikan ukuran dan alasan untuk menolak gagasan Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama. Perasaan membuak buak anak anak muda Pas sekarang ini lebih jitu semangatnya dari 40 tahun yang lalu untuk menghalau Umno dari menjajah umat Malaysia. Untuk mencapai cita cita ini, anak anak muda Pas faham, hanya dengan berbaik sangka dan bersatu padu antara kaum saja impian melihat Umno ditanam dalam PRU ke 13 nanti menjadi kenyataaan.

Usah dilayan politikus karat yang sudah terbuang didalam Umno ini. Ia hanya dipakai Umno seketika cuma sekadar mencuba nasib untuk menyambung nyawa Umno sekiranya mampu.

************************************

Zam pertahan kenyataannya tentang pemimpin PAS

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menegaskan kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, bukan sesuatu yang baru.

"Ini bukanlah suatu kenyataan baru tetapi telah diberitahu oleh Tunku dalam pertemuan eksklusif saya dan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Osman Abadi, dengannya lebih 40 tahun dahulu," katanya ketika mengulas laporan polis terhadap beliau berhubung kenyataannya itu.

Zainuddin yang juga dikenali dengan panggilan "Zam" turut menunjukkan gambar temu bual beliau dengan Tunku kepada pemberita di kediamannya di Putrajaya. Ketika itu, Zainuddin merupakan wartawan di Utusan Melayu.

Mengimbau pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman ketika itu, beliau berkata: "Apabila kami masuk menemui Tunku di pejabatnya di Jalan Dato Onn beberapa bulan selepas kejadian 13 Mei, Tunku memberitahu bahawa seorang pemimpin PAS baru sahaja keluar dari menemuinya dan dia telah menyatakan kepada Tunku, "Inilah masanya untuk tentera merampas kuasa dan mengambil alih semua harta benda orang Cina."

Beliau kemudian telah bertanya kepada Tunku: "Apa kata Tunku, dan jawab Tunku...gila, orang susah payah mencari harta tiba-tiba kita hendak rampas dan lagipun orang Melayu bukan tahu berniaga."

Zainuddin berkata kenyataan Tunku Abdul Rahman itu telahpun tersiar dalam akhbar itu dan juga tercatat dalam buku "Di Sebalik Jendela Utusan" yang diterbitkan bersempena dengan Utusan Melayu 50 Tahun pada Mei 1989 dan diulangi di dalam beberapa tulisan beliau berikutnya.

- Bernama 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.