Wednesday, September 15, 2010

Setiap Kontraktor Berurusan Dengan Peguam Terbabit, Hilang Tanpa Bicara Rupanya Telah Mati Dibakar !


Syabas, Negara Kita Punya Pembunuh Bersiri Berlesen!! (WAJIB BACA!!)

Inilah kali pertama saya menyentuh perihal misteri pembunuhan Datuk Sosilawati yang kini bukan lagi misteri setelah pembongkaran demi pembongkaran berjaya dibawa ke muka depan akhbar.

Saya sebolehnya tidak mahu berbicara tentang isu terhangat masakini terutamanya mengenai suspeknya pembunuh Datuk Sosila. Namun setelah mendapati undang-undang negara ini tidak ubah seperti yang sering dipertontonkan dalam filem hindi, saya tidak dapat menahan gigilnya untuk menghentak siapa sahaja yang harus bertanggungjawab di atas kebobrokkan melampau yang kini menjadi satu fenomena menyeramkan negara.

Menyebut tentang filem hindi, saya teringat akan satu filem yang dibintangi oleh Anil Kapoor dan Ashwaria Rai dalam satu situasi di mana seorang samseng bebas membelasah seorang pekedai. Apabila inspektor sahab tiba, tiada siapa yang berani tampil kerana takut dianiaya oleh samseng tersebut. Kebetulan Ash melihat peristiwa itu lalu memberi keterangan kepada polis hingga tertangkapnya penjenayah.

Oleh kerana abang kepada samseng tersebut mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, ketua polis terpaksa membebaskan penjenayah itu hanya kerana si pekedai yang dipukul sebelumnya, menafikan dia dipukul oleh samseng itu. Akhirnya Ashwaria menjadi mangsa keadaan (sama seperti yang berlaku ke atas Lim Guan Eng). Adakah negara Malaysia sekarang ini terarah untuk menjadi seperti filem hindi ?

Apabila menyebut fasal tanggungjawab, siapa lagi yang harus bertanggungjawab selain daripada Perdana Menteri itu sendiri? Pada hemah saya yang sedikit radikal tetapi praktikal, Najib perlu melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya kerana menyebabkan negara ini tidak begitu selamat, baik dari segi jenayah dan juga dari segi undang-undang yang melindungi penjenayah.

Menifesto yang pernah dipertaruhkan oleh Barisan Nasional ketika PRU-12 lalu untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang selamat sekiranya Barisan Nasional dipilih menjadi kerajaan adalah sama sekali meleset. Menifesto ini menjadi sebab untuk membicarakan betapa Najib dan barisan kabinetnya harus melepaskan jawatan masing-masing kerana negara tidak selamat seperti yang dijanjikan dan banyak penjenayah berstatus jerung dilindungi serta kebal dari peruntukkan undang-undang Malaysia.

Hanya kerana mempunyai kenalan orang kenamaan, pembunuhan demi pembunuhan serta pelbagai lagi kekejaman telah diberikan restu untuk terus berlaku. Ini baru satu kes yang terbongkar, bagaimana pula dengan penjenayah lain yang juga mungkin telah dilindungi demi kepentingan individu VIP ?

Malaysia harus ditafsirkan sebagai bukan lagi sebuah negara yang selamat apabila setelah 9 kes pembunuhan berlaku, barulah disedari bahawa negara ini mempunyai pembunuh bersiri yang mempunyai lesen. Sekiranya pembunuhan Datuk Sosila tidak berlaku, mungkin suspek adik-beradik pembunuh bersiri ini masih terlepas dari pandangan polis untuk melakukan lebih banyak peras ugut dan pembunuhan.

Sudahlah pembunuh itu mempunyai pangkat Datuk, tidak mustahil sekiranya diusul periksa bahawa suspek juga merupakan seorang ahli JP iaitu Jaksa Pendamai (Justice of Peace). Bayangkan, sekiranya seorang Jaksa Pendamai menumbuk orang, di manakah rasional ?

Kalaulah benar si pembunuh "sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan", adakah anda semua berasa selamat walau seketat mana pun undang-undang yang diperkenalkan ?

Kalaulah benar si pembunuh "sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan", apakah jaminan bahawa kes ini adalah unik dan terpencil? Atau ini adalah satu dari seribu jerung darat yang disembunyi demi menjaga kepentingan kenamaan tersebut.

Begitu trajisnya apabila memikirkan, setiap kontraktor berurusan dengan peguam terbabit, hilang tanpa bicara rupanya telah mati dibakar dan abunya dibuang ke sungai atau laut. Sekali lagi kerana hubungan istimewanya peguam tersebut dengan orang kenamaan, menderumkan ratapan sang balu dan anak yatim menanti kepulangan si bapa yang terkorban dek ketirisan undang-undang yang melindungi pembunuh bersiri.

Justeru, bolehkah orang kenamaan yang dimaksudkan itu diklasifikasikan juga sebagai penjenayah atau sekurang-kurangnya pelindung penjenayah ?

Ayuh dedahkan siapa kenamaan yang dimaksudkan. Saya pasti walau siapapun kenamaan yang dimaksudkan, pasti orang kenamaan itu juga 'imune' daripada peruntukkan undang-undang negara. Bayangkan sekiranya proksinya sahaja sudah kebal, apatah lagi tubuh batangnya orang kenamaan tersebut.

Peristiwa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati ini menjadi bukti betapa negara ini tidak lagi selamat. Keadilan tidak lagi menjadi prinsip undang-undang, malah telah disalahguna demi kepentingan dan demi menggenggam kuasa. Siapa pun tidak lagi akan berasa selamat, melainkan mempunyai kenalan yang berupa orang kenamaan. Mungkin setelah punya hubungan istimewa dengan orang kenamaan, bukan sahaja selamat daripada undang-undang, tetapi juga selamat melakukan jenayah kejam.

Ingatlah, hanya mereka yang mengamalkan rasuah terdedah kepada jenayah seumpama ini. Melindungi penjenayah kolar putih, biru dan kolar hitam begitu sinonim sekali dalam gerombolan yang menghalalkan rasuah. Sesungguhnya, rasuah itulah yang menggelapkan mata pengamal undang-undang, yang mana suspek pembunuhan itu sendiri adalah seorang peguam.

Akhir sekali ingin sedikit saya sentuh perihal perkauman, saya percaya kes pembunuhan ini adalah sememangnya tidak merentasi jurang agama mahupun bangsa, oleh itu janganlah ada sesiapa di antara kita yang melaknat bangsa lain hanya kerana suspek itu berlainan bangsa. Percayalah jenayah yang dilakukannya juga tidak merentasi bangsa, cuma kebetulannya semua mangsa yang berempat itu adalah berbangsa melayu.

Kepada rakyat yang bakal mengundi di PRU-13, bersedialah untuk masuk ke era sebuah negara yang berorientasikan filem hindustan, dengan inspektor sahabnya yang mesra rasuah dan mesra taiko samseng, selagi regim UMNO dan Barisan Nasional tidak ditumbangkan.

EDYES - 15 SEPTEMBER 2010 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.