Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.
Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.
Bagaimanapun, kata beliau, tindakan tersebut tidak menjejaskan segala kemudahan yang diterima oleh Sultan Ismail Petra sepanjang memerintah Kelantan selama ini.
“Penggunaan gelaran ini termaktub dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan negeri, namun apa-apa keputusan bagi menetapkan gelaran untuk ayahanda dan bonda baginda selepas ini adalah terserah kepada Sultan Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Salan Tuan.. Mohon parking bloglist malaysia kat sini jika tak keberatan.. Terima kasih..
ReplyDeletehttp://bloglistpolitik.blogspot.com/
gelaran dan pangkat hanya untuk dunia sahaja..
ReplyDeletebila mati hanya amalan,sedekah dan anak yang soleh
sapa la buat fitnah kat tuanku sultan nih..kalau gelaran tuanku tu leh lagi diterima dek akal..tapi gelaran tg tu tak logik la..sbb dah sah bondanya nama tengku anis..takkan tinggal anis je kot
ReplyDelete