Thursday, September 16, 2010

DS ANWAR : "47 tahun ketinggalan - Masa Depan Sabah/Sarawak Bersama Pakatan Rakyat !!


Anwar : Ketinggalan 47 Tahun, Masa Depan Sabah Bersama Pakatan Rakyat

PUTATAN 15 SEPT : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peluang kepada rakyat Sabah untuk memilih masa depan mereka bersama dengan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, walaupun sudah 47 tahun di bawah pemerintahan UMNO, pembangunan dan kekayaan negeri yang bertimbun tidak dapat dinikmati oleh rakyat biasa Sabah.

"Masalahnya orang di atas. Tak kira Melayu, Cina atau Kadazan, akhirnya merompak hak rakyat dia pakat ambil sendiri,"kata beliau dalah Majlis Sambutan Aidilfitri Pakatan Rakyat Sabah di sini malam tadi.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat menyeru perubahan dibuat oleh rakyat Sabah bagi mempertahankan hak mereka yang rakus dirampas kerajaan UMNO BN.

"Hasil bumi di Sabah banyak. Itulah sepatutnya diberikan kepada rakyat. Adakah pemimpin BN yang tanam hutan balak? Adakah Musa Aman yang menggali lubang isi minyak di lautan?" ujar beliau dengan sinis.

Anwar bersama Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa sebelum ini melancarkan Pakatan Rakyat Sabah bagi melicinkan gerakan Pakatan Rakyat dalam usaha menawan Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sementara itu, Naib Presiden Keadilan, Azmin Ali mahu rakyat Sabah melihat negeri pimpinan Pakatan Rakyat sebagai contoh betapa kehidupan rakyat boleh berubah menjadi lebih baik di bawah Pakatan Rakyat.

Azmin menerangkan betapa kejayaan Selangor dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah berjaya mengikat hati rakyat dan menunjukkan sikap keadilan kerajaan Pakatan Rakyat,

"Pemberian air percuma di Selangor diberikan secara adil kepada semua penduduk tanpa mengira kaum, agama serta ideologi politik. Khir Toyo pun dapat air percuma," kata beliau.

Mengulas kepada pelancaran Pakatan Rakyat Sabah, Azmin menerangkan betapa ianya merupakan mesej jelas kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman betapa Pakatan Rakyat sudah bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

"Pakatan Rakyat Sabah ditubuh untuk nyatakan prinsip sedia bantu rakyat Sabah angkat martabat. Masa depan Sabah ditentukan oleh rakyat Sabah sendiri," kata Azmin

Oleh Radzi Razak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.