Aku masih nak mengata lagi, aku tak peduli ....
Bila aku aku perati gambar diatas tu, timbul perasaan seolah-olah minggu depan ni 1 Syawal..., sedangkan puasa belum pun 10 hari lagi....
Oii ada 20 hari nak kena puasa..., kenapalah kalut tak ketahuan sangat ni..., seolah-olah nak hantar bungkusan tu ke planet lain Marikh ka atau ke bulan....
Kesian kat anggota tentera dan polis, bungkusan inilah sebagai tanda ingatan kerajaan UMNO kepada anggota yang bertugas pada hari raya pertama... dah 52 tahun UMNO memerintah, rupa inilah aja yang mereka dapat, langsung tak ada pembaharuan...
Dari pengalaman aku yang lalu, aku biasa juga dapat sekali, bukan kerana aku bertugas, tetapi ada lebih, pegawai aku waktu tu, Dato Laksma Anuwi (sekarang ni Panglima Wilayah Laut ll Sabah) bagi kat aku satu bungkus, apa isinya, yang aku ingat ialah kain pelikat, serunding dan ada sedikit kueh kering yang disikan dalam tupperware besar sama saiz dengan bungkusan tu...
Ada satu tahun tu, bungkusan-bungkusan kueh tu telah diceroboh oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, setiap bungkusan tu ada sekotak rokok benson &hedges 20 batang, banyak bungkusan yang hilang rokok dah hilang, rupa-rupanya dikebas oleh pihak anggota regulating (tatatertib).
Apakah rasionalnya si zambri memberi teralu awal..., he he... kena jaga yo.... DUN Pangkor lebih 9000 undi POS... nanti kut-kut terlupa nak bagi... huh.... kacau...dan nak aku nak bagi tau, baru-baru ini Laksmana Madya Dato Seri Ahmad Kamaruzaman (dalam gambar tu) telah menjalan satu tugas yang cukup baik bagi pihak peribadi politik masa depan Zambri..., jeng-jeng.. tunggu.... masa dan ketikanya, nanti aku cerita...
Jadi bagilah awai-awai... tak biasa buat dek oleh menteri besar lain sebelum ni.... hebat mu Zambri...
Posted byManjungmari
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.