Thursday, August 19, 2010

Nota Terakhir Hanya Direka Untuk Menuduh Teoh Bunuh Diri ??


Inkues Teoh: Peguam persoal integriti 'nota bunuh diri'

Peguam-peguam keluarga Teoh Beng Hock hari ini mempersoalkan kerelevanan bukti baru yang hendak dibawa oleh Jabatan Peguam Negara dalam inkues bekas setiausaha politik itu selepas pakar forensik Dr Pornthip Rojanasunand menegaskan, protokol ketat diperlukan dalam menangani bukti-bukti sedemikian.

Terdahulu pakar dari Thailand itu memberitahu mahkamah bahawa institutnya mewajibkan amalan protokol ketat dalam menangani bukti seperti dokumen seperti ujian DNA sebaik sahaja sesuatu bukti baru diperoleh.

"Kami mempersoalkan nilai bukti sedemikian," kata peguam Malik Imtiaz Sarwar kepada pemberitan selepas prosiding hari ini.

"Ujian DNA dan ujian pengesanan cap jari seharusnya dilakukan. Tetapi dalam kes (Teoh), ia tidak dilakukan," kata beliau yang mewakili kerajaan negeri dalam inkues ini.

Keluarga Teoh melahirkan rasa kecewa dan marah dengan langkah Jabatan Peguam Negara mahu membawa bukti ke mahkamah koroner sambil berkata ia diambil dari beg Teoh.

Minggu lalu, Malik membidas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana mendedahkan butiran terperinci bukti terbaru — sekeping nota, yang dikatakan ada kaitan dengan inkues kematian Teoh.

Malik menegaskan, bukti terbaru itu belum lagi dikemukakan di mahkamah tetapi sudah pun diperincikan kepada umum oleh Peguam Negara.

Ekoran makluman di mahkamah kelmarin tentang nota spekulasi tersebar luas dengan ada yang mendakwa bahawa bukti baru itu merujuk kepada nota bunuh diri.

Kewujudan nota bunuh diri itu juga muncul di blog-blog pro-Umno.

Dalam kenyataannya minggu lalu, Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang bekas setiausaha politik itu.

Penemuan bukti baru itu yang dimaklumkan awal minggu lalu menyebabkan prosiding inkues ditangguh sehingga ke hari ini.

Sejurus selepas penangguhan inkues, Pejabat Peguam Negara berkata ia dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. -FMT

Ulasan GB

bukti terbaru itu belum lagi dikemukakan di mahkamah tetapi sudah pun diperincikan kepada umum oleh Peguam Negara

Ia jelas satu konspirasi yang diketuai oleh Peguam Negara.

Nota terakhir itu saja di ada-adakan. Tiada rakyat yang siuman boleh mempercayainya. Selain dari ianya rekaan, ia juga memnyusahkan banyak pihak terutama bagi membuktikan yang nota itu sahih.

Pembunuh Teoh yang sebenar MESTI dicari. Beliau masih bebas. Rakyat percaya ia masih berada di dalam SPRM sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.