Thursday, August 26, 2010

Ketua PKR Sarawak Membidas Kenyataan Yang Dibuat Penolong Menteri Perancangan & Pengurusan !


Banci Tanah NCR: Menteri Sarawak Dibidas

  • 26 Ogos - Ketua PKR Sarawak Baru Bian membidas penolong menteri perancangan dan pengurusan sumber negeri, Mohd Naroden Majais, yang berkata masyarkat pribumi hanya boleh membanci tanah mereka melalui perwakilan yang dilantik BN.
  • "Ini politik. Semua ini karut dan tidak bertanggung-jawab bagi beliau berkata demikian. Jika kerajaan ikhlas membantu masyarakat pribumi, ini tidak sepatutnya menjadi isu,” katanya ketika dihubungi.
  • Selasa lalu, Mohd Naroden berkata kerajaan negeri tidak boleh bertindak bagi menjalankan bancian tanah untuk tujuan dituntut sebagai tanah hak warisan pribumi native customary rights (NCR) jika ia dibuat melalui perwakilan pembangkang.
  • Baru (atas, kiri), yang telah berdekad lamanya mempertahankan tanah warisan masyarakat pribumi sebagai seorang peguam berkata kenyataan penolong menteri itu membuktikan kedangkalannya berhubung tanah NCR.
  • "Adalah menjadi tanggung-jawab kerajaan untuk menjalankan bancian tanah menurut seksyen 18, Kanun Tanah Sarawak,” katanya.
  • Katanya jika ada bukti yang mencukupi berhubung pemilikan, mereka sepatutnya memberikan geran tanah, tetapi kerajaan hanya memberi alasan demi alasan.
  • Sebelum ini, kerajaan negeri Sarawak mendakwa Jabatan Tanah dan Bancian negeri tidak dapat menjalankan kerja-kerja bancian kerana kekurangan dana.
  • Untuk mengatasi masalah itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kemudiannya mengumumkan peruntukkan dana persekutuan sebanyak RM20 juta untuk tujuan berkenaan.
  • Pengumuman itu bagaimanapun gagal meyakinkan Baru yang berpengalaman luas berurusan dengan tanah NCR dan menyidfatkan tindakan itu “hanya retorik”.
  • "Saya beranggapan mereka tidak mahu bancian dijalankan kerana khuatir seluruh Sarawak sebenarnya milik masyarkat pribumi,” katanya.
  • Sekalipun bancian dijalankan, namun menurut peguam berbangsa Orang Ulu itu, masyarakat pribumi besar berkemmungkinan akan ditipu.-MALAYSIA KINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.