PANAS BERAPI...... KHAIRY OH KHAIRY....
Lihat lah betapa sempoi nya budak ini bila pergi mengadap bos dia. Aku tengok tak ada tokoh langsung sebagai seorang ahli politik. Ooiiiiit khairy kemas le sikit diri ko tu. Kan ko tu ahli parlimen........
Cara berpakaikan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika membentangkan hasil makmal Pemuda BN kepada YAB Perdana Menteri semalam sekadar menunjukkan bahawa Pemuda UMNO sememangnya tenat.
Dengan baju hitam yang sendat ala remaja masakini, Khairy tidak mungkin dapat memberi satu dinamisma kepimpinan Pemuda UMNO yang diharapkan. Cara berpakaian, cara duduk dan cara beliau bereaksi terhadap sesuatu komen dan pandangan sama seperti budak-budak remaja bandar yang hidup penuh berpoya-poya.
Bukan pakaian menentukan kualiti kepimpinan seseorang. Namun jika penampilan luaran sahaja sudah melucukan, ditambah lagi dengan kerosakan yang Khairy telah buat kepada negara dan parti sebelum ini apa lagi yang Pemuda UMNO dapat harapkan?
Justeru apabila Khairy mengatakan bahawa lebih baik beliau keluar UMNO jika ramai ahli UMNO lebih berminat menyertai Perkasa, jawapan terbaik kepada Khairy ialah “silalah keluar sekarang juga”. Saya percaya 80% ahli UMNO akan gembira dan senang hati jika Khairy keluar dari UMNO. Pemuda UMNO sejuta kali akan menjadi lebih baik jika ia dipimpin oleh orang lain.
Apakah tahap kepimpinan Khairy apabila mengugut akan keluar parti jika ramai ahli UMNO menyertai Perkasa? Sepatutnya sebagai pemimpin Pemuda beliau mencari jalan memulihkan sokongan ahli terhadap parti. Sebaliknya beliau pula akan keluar pasti jika lebih ramai ahli parti tidak sokong parti.
Khairy secara langsung menyatakan bahawa beliau tidak ada kesetiaan kepada parti UMNO. Beliau hanya setia kepada parti yang boleh menang dalam pilihan raya dan boleh beri beliau jawatan kabinet. Inikah jenis kepimpinan Pemuda UMNO hari ini?
EXCO Pemuda UMNO dan Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian yang mendiamkan diri apabila Khairy mengugut untuk keluar parti sebenarnya bacul. Jika inilah tahap “kejantanan” para pemimpin Pemuda UMNO hari ini elok bubarkan sahaja Pemuda UMNO.
Khairy juga secara tidak profesional menambah hasil laporan Makmal Pemuda BN kepada Perdana Menteri tanpa memaklumkan kepada EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Dua perkara yang tidak dibentangkan oleh Khairy dalam Mesyuarat EXCO Pemuda tetapi muncul dalam pembentangan kepada YAB Perdana Menteri ialah mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Membenarkan para pelajar bergiat aktif dalam politik.
Beberapa EXCO Pemuda terkejut dengan perbezaan pembentangan Khairy semasa dengan Perdana Menteri berbanding semasa dibentang dalam Mesyuarat EXCO sebelumnya. Namun tiada siapa berani mempersoalkannya. Semuanya seolah-olah mahu menjaga kepentingan diri sahaja.
Sampai bila Pemuda UMNO mahu membenarkan Khairy terus mengugut untuk keluar parti? Khabarnya beberapa ahli Parlimen yang terhutang budi dengan Khairy dan Pak Lah akan mengugut keluar pasrti jika Khairy tidak diberi jawatan Menteri dalam rombakan kabinet akan datang. Apakah pemuda UMNO akan terus membenarkan Ketua Pemuda mereka bermaharajalela sehingga menjejaskan kepentingan UMNO?
Jika benar Khairy anak jantan sila nyatakan berapakah jumlah ahli UMNO yang menyertai Perkasa akan membuatkan beliau mengambil keputusan keluar UMNO. Saya percaya jika Khairy memberi angka tersebut, ia akan dicapai sekelip mata sahaja. Ramai ahli UMNO sedia menyertai Perkasa jika ia bermakna mereka boleh menyahkan Khairy dari tampuk kepimpinan Pemuda.
UMNO mungkin mempunyai kerusi Parlimen yang sedikit berbanding dahulu. Namun jika Khairy dan konco-konconya mahu mengugut UMNO dengan kaedah ini, silakan. UMNO tidak akan mati dengan pembelotan Khairy dan beberapa kerat ahli Parlimen yang menjadi konco-konconya.
Ingatlah, Allahyarham Onn Jaafar, “founder of UMNO” keluar parti pun, parti ini tidak mati. Justeru apalah sangat kalau Khairy dan beberapa kerat konco-konconya keluar parti menyokong Anwar Ibrahim.
Sebagai ahli Pemuda UMNO, saya berasa sangat terhina dengan ugutan Khairy untuk meninggalkan parrti jika parti ini semakin lemah dan tidak mendapat sokongan orang Melayu. Jika orang Melayu menyokong Perkasa bukan salah orang Melayu tetapi salah Pemuda UMNO di bawah Khairy yang gagal memahami aspirasi orang Melayu.
Apalah Bangsatnya kita Pemuda UMNO mempunyai Ketua yang mengugut akan tinggalkan parti jika parti terus lemah dan tidak mendapat sokongan orang Melayu. Inikah Ketua yang akan mengukuhkan parti?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.