Tuesday, August 24, 2010

AZMIN DISAYANGI DS ANWAR - SENATAK KURANG KASIH SAYANG ?


Sah Azmin dicemburui - katak kurang kasih sayang

  • Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu membuktikan beliau bukan boneka, dengan menjelaskan mengapa naib presiden parti itu, Azmin Ali, begitu diberi keistimewaan oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, selain itu, Wan Azizah juga perlu menjelaskan bentuk hubungan istimewa yang terjalin antara Naib Presiden PKR tersebut dengan suaminya, sehingga ketua pembangkang itu sanggup melebihkan Azmin dalam apa jua keadaan.
  • "Wan Azizah perlu tampil menjelaskan semua dakwaan ini dan bukannya mengambil sikap membisu. Ini kerana isu yang mengatakan beliau seorang boneka sudah menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat dan juga penyokong PKR.
  • "Selaku Presiden, Wan Azizah perlu menjelaskan apakah bentuk hubungan istimewa yang terjalin antara Anwar dengan Azmin sehingga beliau sendiri kelihatan dipinggirkan oleh suaminya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
  • Beliau mengulas gesaan bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak supaya Wan Azizah tampil menjelaskan pelbagai tohmahan berkait dakwaan yang mengatakan Anwar terlalu memberi keistimewaan kepada Azmin hingga menjadikan Ahli Parlimen Gombak itu sangat berkuasa melebihi presiden.
  • Sebelum ini, bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan turut mempersoalkan mengapa Penasihat PKR itu dan Wan Azizah takut hendak menjawab tentang kedudukan istimewa Azmin walaupun dicabar berulang kali.
  • Mengulas lanjut, Anuar mendakwa, beliau pelik apabila melihat ketua pembangkang itu terlalu prihatin terhadap Azmin berbanding individu lain yang menyokong perjuangan PKR termasuklah ahli keluarganya sendiri.
  • "Pernah dalam satu insiden pada 1996 sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau gelisah apabila Azmin (setiausaha sulit bagi Timbalan Perdana Menteri) tidak hadir ke pejabat sedangkan jika kakitangan lain, beliau tidak ambil kisah.
  • "Manakala pada satu insiden yang lain pula iaitu pada 1997 di Mauritius semasa mesyuarat Menteri Kewangan Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Anwar begitu terganggu sehingga tidak dapat memberi tumpuan kepada ucapannya hanya disebabkan Azmin 'merajuk'," dakwanya.
  • Menurut beliau, kemampuan Azmin mempengaruhi tindak-tanduk dan perasaan Anwar membuktikan Naib Presiden PKR itu mempunyai 'tangan ghaib' yang sangat berkuasa melebihi kuasa yang dimiliki oleh Wan Azizah selaku presiden parti.
  • "Persoalannya apa dia tangan ghaib yang membolehkan Azmin mengikat Anwar? Ini yang perlu dijawab oleh Wan Azizah jika benar beliau bukan seorang boneka dalam PKR," katanya.
  • Sharpshooter : Memang sah mereka-mereka yg spesis berudu dan menjadi katak akhirnya melompat kerana kurang kasih sayang..hah...hah..hah...
  • Macam mana nak jadi pejuang jika jadi anak manja....kurang kasih sayang sikit dah nak merajuk....hah..hah...hah..
  • Azmin memang seorang politikus yang hebat bukan seperti Ezam yang menikus bawah ketiak mak....
  • Anwar dan Kak Wan tidak akan layan puak-puak katak yg kurang kasih sayang nie..
  • Jelas menunjukkan katak-katak ini bukan politikus yang matang, mereka membawa politik tikus kasturi..
  • Sepatutnya mereka bicara soal rasuah, pelaburan asing, ketelusan kerajaan dalam membida kontrak dan tender, barulah boleh jadi pemimpin berjiwa besar.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


· · Share

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.