Anwar Ibrahim paling layak jadi Perdana Menteri - Guan Eng
Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah orang yang paling layak menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.Menurutnya lagi Anwar mempunyai segala kelayakan dan pengalaman untuk menjadi Perdana Menteri yang terbaik.
Guan Eng juga mengaku bahawa beliau kurang layak menjadi Perdana Menteri dan cukuplah sekadar menjadi Ketua Menteri P.Pinang.
Beliau membidas akhbar The Star yang cuba mengadu domba Pakatan Rakyat dan cuba melagakan beliau dengan Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri bukan lagi angan-angan Mat Jenin. InsyaAllah dengan kesungguhan, azam dan kerja kuat kepada rakyat, tawan Putrajaya bukan sesuatu yang mustahil.
Setiap minggu pada hari Selasa, Anwar sendiri akan semak daftar pengundi baru. Ayuh semua pastikan anak muda daftar mengundi dan yang lebih penting ada ahli Keadilan yang masih belum daftar mengundi. Mereka wajib diutamakan dan perlu segera didaftarkan sebagai pengundi.
Kempen daftar undi perlu diperhebatkan. Tidak ada alasan lagi. Dekati tempat-tempat anak muda selalu lepak.
Pilihanraya sudah semakin hampir. Jangan sesal kemudian. PRU13 adalah pilihanraya terbaik tentukan masa depan Pakatan Rakyat.
Ikuti kenyataan Guan Eng bersama Mansor Othman dalam Berita TV Selangor. TV P. Pinang bila agaknya akan jadi realiti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.