Friday, August 27, 2010

Antara fitnah UMNOgok yang direka2 ialah:- ADUN DAP tersebut sedang memberikan ceramah/tazkirah



Awat laa UMNO suka buat kerja membodohkan diri sendiri..??

Bukan Islam masuk masjid: Penyokong Umno bodohkan diri sendiri..Oleh: Pria Malaya

Bagi sebahagian penyokong tegar parti Melayu Umno, adalah haram secara mutlak org bukan Islam memasuki rumah Allah, apatah lagi jika mereka itu terdiri dari wanita bukan muslim..

Terbaru, isu ADUN dari DAP masuk surau al-Huda Kajang Sentral..dikatanya wanita ini telah menghina Islam, dan PAS secara langsung dipersalahkan kerana kelakuan ADUN ini...

Alasan mereka, sebab tak tutup aurat..tak pakai tudung...dan alasan yang famousnya, sebab tak mandi junub (hadas besar)..so, dorang tak boleh masuk rumah Allah...boleh tengok antara alasan lawak oleh blogger Umno kat sini, dan banyak lg...

So, kita nk tanya la totok Melayu Umno ni, kalau wanita bukan Islam dilarang masuk masjid atas alasan tak mandi junub atau sedang datang haid, apakah lelaki bukan Islam yang dikatakan boleh masuk masjid telah mandi junub? dorang tau ke apa tu mandi junub? sah ke mandi junub dorang?..ada ke dlm syarat2 bukan Islam yg ingin memasuki masjid/surau hendaklah mandi junub dahulu?

Gambar atas ni antara contoh (pelancong) bukan Islam yg melawat masjid di negeri bawah takluk Umno...siap berselur pendek lagi..mungkin bg penyokong Umno, wanita dan lelaki ini telah suci dari hadas besar, sudah mandi junub, dan wanita itu tidak datang bulan (haid)..so, ianya tidak salah dipandangan Umno..tapi jika ia datangnya dari musuh politik mereka..korang faham2 lah sendiri....

Inilah realiti mentaliti pemikiran Umno...begitu hasadnya pada lawannya sehingga sanggup menjaja fitnah dan tohmah, ditambah2 cerita dan reka..dengan bantuan media yg telah disalahguna, maka berita ini disebar2kan..kerana itulah tidak pelik jika kita kerap melihatblogger Umno terlompat gembira berterima kasih kpd Utusan Malaysia kerana menjadi agen penyiar rasmi berita/isu fitnah yg dibangkitkan...contoh di sini..sungguh senang kerja mereka..

Pada penyokong tegar Umno, boleh baca 'fatwa' JAKIM berkenaan org bukan Islam memasuki masjid di sini, "MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN", dan pernah disiarkan dlm Berita Harian Mac 2008...jangan jahilkan diri sendiri...WALLAHUA'LAM...

Antara fitnah yang direka2 ialah:- ADUN DAP tersebut sedang memberikan ceramah/tazkirah selepas Terawih atau antara dua Terawih (contoh di sini)

Antara berita yang cuba disembunyikan ialah:-ADUN tersebut telah memperuntukkan sumbangan/bantuan untuk surau berkenaan yang tidak pernah terfikir dibenak penyokong Umno sebelum ini..(Blog MP Serdang)

Sumber gambar: Al-Banjari Online

p/s: Penulis tidak mengatakan setuju atau tidak dgn tindakan ADUN tersebut..seperti kenyataan yg dikeluarkan JAKIM, ia terserah atas budi bicara tuan atau AJK surau/masjid berkenaan dan niatnya mestilah baik serta tidak memusuhi Islam...Namun, dek kerana isu ini diwujudkan dgn niat jahat dan disertakan dengan fitnah dan ditambah2, dikaitkan pula dgn 'hasil didikan PAS', maka penulis cuba 'menjawab' sepertimana di atas..semoga menjadi pengiktibaran..wallahua'lam..

Artikel berkaitan (mesti baca):- Wajah munafik: Bukti bergambar Umno berpolitik dalam surau/masjid!

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/05/bukti-bergambar-umno-berpolitik-dalam.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.