15 AHLI PKR KELUAR PARTI DI BUKIT BINTANG ? - Sedangkan jumlah pengundi Bukit Bintang ialah 65,112 orang!
- Nong Chik Terlalu Desperate, Isytiharkan 15 Orang PKR Sertai UMNO
- Ketua PKR Bukit Bintang, 15 ahli sertai Umno
-
- Ketua bahagian PKR cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan (WP) Mahmood Abdullah bersama 15 ahli yang sebahagian mereka adalah anggota jawatankuasa cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno, berkuatkuasa serta-merta.
- Borang menyertai Umno itu diserahkan kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta disaksikan ketua penerangan Umno WP Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.
- Mahmood berkata keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan Umno.
- "Tujuan kami kembali kepada Umno adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.
- "PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan Umno WP di Kuala Lumpur.
- Katanya selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa pilihan raya umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.
- "Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi anggota parti itu akan menyertai Umno selepas Aidilfitri ini.
- Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR Sept ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar. - Bernama
- Ulasan GB
- Selepas GB mengeluarkan satu tulisan bertajuk "Nong Chik, Kamu Wakil Rakyat Mana?", keluar pula berita dari agensi berita Luncai BERNAMA menyatakan 15 orang ahli PKR menyerahkan borang UMNO kepada Nong Chik yang merupakan timbalan pengerusi Umno WP.
- Kasihan sungguh kerana dah desperate sangat Nong Chik, dan juga BERNAMA, sehingga terpaksa mencari da membuat berita yang cuba menonjolkan populariti Nong Chik yang lansung tidak ada integriti untuk menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Sekadar berstatus Senator yang tidak dipilih oleh rakyat tetapi ditonjolkan oleh Najib selaku PM.
- 15 orang sajakah? Sedangkan jumlah pengundi Bukit Bintang ialah 65112 orang!
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Fong Kui Lun mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Lee Chong Meng dengan majoriti sebanyak 14,277 undi. Beliau memperolehi 26,811 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,314 undi.
- Jika pun benar 15 orang menyeberangi UMNO, Nong Chik belum boleh bermimpi apatah lagi berangan untuk merampas kerusi Bukit Bintang dari Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.