Monday, July 26, 2010

MENGAPA HARUSSANI APABILA BUKA MULUT DIA KENA BELASAH ? - karangan ~PakKaramu~


HARUSSANI KURANG BIJAK

Sememangnya Harussani ini orang faham agama namun dalam soal politik dia ada sedikit kurang mantap kerana ada kemungkinan dia berfahaman membela bangsa agak tegar, dan dia juga percaya perlembagaan negara yang ada sudah cukup mantap baginya untuk menilai bahawa melayu iyu islam dan islam itu melayu, sikap dia mungkin dilihat sebagai warganegara yang sangat patuh tanpa penelitian yang khusus

Kebanyakan orang hentam dia adalah kerana sikapnya yang tergesa-gesa nak satukan melayu sebaik saja BN/UMNO banyak hilang kerusi selepas PRU 8 yang lalu yang mana dia kelihatan banyak condong kepada BN/UMNO menyebabkan orang ramai seolah-olah dia menyebelahi satu pehak, dari peristiwa tersebut dia terus dicop sebagai pro BN/UMNO dan pertimbangan orang ramai terus demikian sehingga kehari ini

Orang ramai sekarang terus menunggu-nunggu apakah lagi yang akan diperkatakan olehnya, lepas ini apa pulak ?

APAKAH HARUSSANI PERLU BUAT SELEPAS INI ?

Jika dia bijak maka dia perlu meneliti kedudukan dasar perjuangan orang melayu di negara ini terlebih dahulu sebelum dia bercita-cita hendak menyatupadukan orang melayu, dia kena kaji sedalam-dalamnya dasar perlembagaan negara dan dasar perjuangan PAS dan UMNO, dia tahu bahawa perlembagaan PAS adalah islam mengikut acuan agama, sepatutnya dia kena berunding dengan UMNO supaya menukar perlembagaan pati itu kepada dasar islam, andainya UMNO enggan mengubah dasar perjuangannya maka selagi itulah perpaduan yang dia kehendaki itu tidak akan berjaya sampai bila-bilapun

Harussani tentunya faham tentang ayat Allah yang menyebut Wa'atasimu bihablillah .......... Wala Tafarraqu, apa yang Harussani cita-citakan dia mesti berpandukan kepada ayat tersebut terlebih dahulu kerana ayat tersebut adalah ingatan Allah kepada umat islam, jadi jika dia tidak meneliti ayat tersebut maka mana mungkin dia akan berjaya untuk menyatukan bangsa melayu islam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.