Monday, July 5, 2010

Kerana Perkose : UMNO BN Bergaduh Sesama Sendiri

Perkose rembat ke gawang MCA, Khairy pula jadi goal keeper MCA. iba-tiba datang pula si Tajuddin Pasir Salak ni masuk bantu pasukan Perkose. Alih-alih Berahim yang jadi jurulatih Perkose, tersenyum girang tengok sesama BN bergaduh sesama sendiri..

Khairy jangan lantang kritik Perkasa

GEORGETOWN - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diingatkan tidak terlalu lantang mengkritik usaha dilakukan oleh Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali kerana ia boleh mengundang perpecahan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan Khairy mengkritik Ibrahim seolah-olah beliau tidak menghormati kaum Melayu kerana tindakan yang dilakukan oleh Ibrahim adalah untuk mempertahankan hak-hak dan kepentingan orang Melayu.

"Siapa Khairy ni? Dia ni baru jadi Ketua Pemuda tiga empat hari, jangan terlalu lantang mengkritik Ibrahim Ali kerana saya lebih mengenali Ibrahim Ali, kami sama-sama ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam negeri) kerana memperjuangkan bangsa Me:layu.

"Ibrahim Ali ada caranya tersendiri untuk mempertahankan hak-hak Melayu, dan dia (Khairy) seharusnya menyokong usaha-usaha yang dilakukan Perkasa dalam memperjuangkan bangsa," katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Tajuddin berkata, Perkasa telah banyak menganjurkan program untuk membangunkan ekonomi orang Melayu di negara ini.

"Kita seharusnya berganding bahu bersama Perkasa dalam memperjuangkan hak-hak Melayu bukanya menunjukkan kehebatan masing-masing.

"Semua mesti bergabung bagi memantapkan Melayu di negeri ini dan untuk memantapkan lagi Melayu, kita perlu mengukuhkan ekonomi barulah bangsa kita dihormati," katanya./Sinar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.