Sunday, July 4, 2010

FELDA ROSAK DI TANGAN NAJIB?

Pendedahan mengenai kepincangan dalam Felda yang dimuatkan oleh Suara keadilan banyak berpaksi kepada kenyataan bekas Timbalan Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong.

Antara lain beliau ditugaskan untuk bertanggungjawab atas isu-isu Felda yang dibangkitkan di Parlimen. Justeru beliau mempunyai banyak contoh mengenai campur tangan politik dalam urusan Felda dan salah urus wang perbadanan itu.

Antara lain beliau ditugaskan untuk bertanggungjawab atas isu-isu Felda yang dibangkitkan di Parlimen. Justeru beliau mempunyai banyak contoh mengenai campur tangan politik dalam urusan Felda dan salah urus wang perbadanan itu.


Seperti yang kita maklum rizab tunai Felda susut dari 4.08 billion ringgit pada tahun 2005 kepada 1.35 billion ringgit, penurunan lebih 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Salah satu isu yang dikaitkan dengan salah guna wang Felda ialah pembinaan bangunan baru Felda yang menelan belanja 622 juta ringgit.

Dalam wawancara dengan TV Selangor, Datuk Dr Tan menjelaskan latar belakang di sebalik keputusan Felda membina ibu pejabat baru di segi tiga emas Kuala Lumpur. Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dan adalah contoh terbaik campurtangan Umno dalam urusan Felda.

“Sebelum Najib ambil alih, Felda adalah merupakan satu organisasi yang sangat kuat. Selepas Najib ambil alih tanggungjawap Felda, itu mulanya hancur semua aspek Felda," tegas Dr Tan.

“Pada masa sekarang pun, pentadbiran di dalam Felda itu tiada masalah. Apa masalah besarnya ialah pemimpin kuat Umno campur tangan sebab itu Felda sudah jadi masalah besar lain," tambah beliau.

Bekas Menteri BN ini memberi contoh bagaimana campurtangan politik mempengaruhi projek pembinaan bangunan baru yang mencecah RM220 juta.

“Satu contoh lagi kita difahamkan pada 2006, Felda ada satu cadangan membina satu bangunan sendiri di atas tanah sendiri di kawasan jalan Semarak sebeleh Felda ada banyak rizab tanah di Jalan Felda. Pada masa itu, pelan asal sudah lulus untuk merobohkan satu bangunan lama untuk membina satu bangunan baru 21 tingkat guna wang RM220 juta dan juga pada masa itu sebelum Najib campur tangan sendiri itu kontrak untuk merobohkan bangunan lama sudah dipanggil. Itu makna bila awak dipanggil, pelan merancang sudah dipanggil DBKL," kata Tan.

"Dan juga pada masa itu, Perdana Menteri, Pak Lah sudah bagi satu tarik untuk sambut pada masa itu dan selepas itu, Najib buat satu menyuarat khas di pejabat beliau di Putrajaya. Pada masa itu, dia hanya panggil dua orang, Allahyarham Tan Sri, Pengerusi Naza TTDI dan Datuk Baki. Mesyuarat ini kalau betul-betul rasmi dan telus tidak dimaklumkan kepada Pengerusi Felda dan kepada Ketua Pengarah Felda," jelas beliau.

"Bila pengerusi Felda pada pagi itu dengar berita, Pengerusi dan Ketua Pengarah Felda dengar berita, beliau dan empat pegawai dari Felda masuk kereta cepat-cepat pergi Putrajaya dengan harapan untuk kekalkan pelan lama dan ada menyelamatkan Felda, tapi itu sudah lewat. Sekarang sudah ada pelan baru dimasukkan ke kawasan KLCC di mana kos tanah termahal di seluruh Malaysia," tambahnya lagi

http://tvselangor.com/v2/news-section?t=3825

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.