Wednesday, June 2, 2010

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT QUR'AN DAN HADIS HUKUM QISAS - SATU MUHASABAH


ISLAM MENOLAK FAHAMAN KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 96


Berdasarkan pembentangan yang dibuat maka dengan jelas UMNO menolak ayat Qur'an tentang hukum Allah iaitu Qisas. Ayat Al-Qur'an yang jelas ditolak UMNO ialah

1) Al-Baqarah ayat 178
2) Al-Baqarah ayat 179
3) Al-Isra ayat 33
4) Al-Maidah ayat 32
5) An-Nisa 92
6) Al-Maidah 45
7) Hadis Nabi Muhammad yang sahih

Dalam kes hudud yang lalu UMNO sudah tidak beriman sekurang-kurangnya 4 ayat (Zina, Curi, Tuduhan Qazaf dan rompak) dan dalam kes Qisas pula UMNO sudah tidak beriman sekurangnya 6 ayat. Jumlah ayat yang sudah ditolak UMNO ialah 10 ayat. Ini belum campur dengan ayat haram riba, judi dan lain-lain.

Meyakini Al-Qur'an adalah salah satu rukun Iman. Yang hendak diyakini tidak lain ialah keseluruhan ayat Al-Qur'an. Keyakinan manusia terhadap Al-Qur'an ada bermacam jenis, antaranya

1) Tidak beriman dengan satu ayat sahaja
2) Tidak beriman hanya dengan satu kata sahaja
3) Beriman dengan sebahagian kitab dan menolak sebahagian yang lain

Kesemua jenis keimanan diatas ditolak oleh Allah. Adalah dikira tidak beriman kepada Allah. Wahai ahli UMNO sedarlah pemimpin UMNO telah menolak ayat Al-Qur'an. Redha kepada kufur maka jadi kufur (maksud hadis). Ahli UMNO peringkat akar umbi berhujah

1) Urusan melaksanakan undang-undang Islam adalah urusan pemimpin. Maka apabila pemimpin UMNO tidak melaksanakan undang-undang Allah maka merekalah yang berdosa, kami ahli bawah tak kan le berdosa juga.

Jawabnya : Kalau pemimpin yang kamu lantik itu sudah tidak lagi melaksanakan hukum Islam kenapa ahli UMNO masih sokong dan duduk sebagai ahli parti? Jika jujur dengan Allah, maka ahli UMNO mestilah meninggalkan UMNO.

2) Kami memang beriman dengan Qisas. Tetapi untuk menjaga Melayu maka kami masih lagi sokong UMNO-BN

Jawab : Itu sebab segala urusan hidup ditimbangkan Allah, Rasul dan Islam. Memangkah UMNO-BN bermakna menyokong segala dasar perjuangan UMNO-BN, Tetapi sekiranya yang dipangkah ialah PR untuk menumbangkan kezaliman UMNO-BN maka ini akan diberi pahala oleh Allah. Pahala kerana menumbangkan kezaliman. Dasar UMNO-BN yang zalim iailah

1) ISA
2) OSA
3) APCO
4) JUDI dan banyak lagi

Wahai ahli UMNO, penyokong UMNO dan pemimpin UMNO berubahlah. Tinggalkan UMNO untuk kehidupan yang lebih baik disisi Allah. Teruskan perjuangan dengan PAS.

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HADIS QISAS 2

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 96

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HADIS QISAS 2

Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud

" maka jika mereka (waris yang terbunuh) kehendaki maka bolehlah mereka membalas bunuh. Dan jika mereka kehendaki maka mereka boleh menerima bayaran diyat iaitu
- 30 ekor unta yang berumur 3 tahun
- 30 ekor unta yang berumur 4 tahun
- 40 ekor unta yang sedang bunting"

(Riwayat Tarmizi dengan sanad yang sahih)

Demikianlah bayaran diyat terhadap pembunuhan. Walaupun bunyinya hanyalah 100 ekor unta tetapi untuk mencari 100 ekor unta tersebut bukanlah mudah. Nabi Muhammad saw menetapkan syarakat bahawa unta tersebut mestilah berumur antara 3 tahun/4tahun dan bunting.

Kesusahan dalam membayar diyat adalah usaha pencegahan daripada Islam. Diyat dilaksanakan setelah mendapat restu keampunan daripada keluarga yang terbunuh.

Hadis ini tidak diamalkan oleh UMNO. Hukuman Islam mendatangkan proses pendidikan. Hukuman dalam Islam dibuat secara terbuka dan melibatkan penglibatan ahli qaryah. Manusia melaksanakan hukuman secara sembunyi. Hukuman gantung sebagai contoh. Tidak pernah dilaksanakan secara terbuka. Bila sembunyi pelaksanaan hukum maka tiada aspek pendidikan.

Untuk melaksanakan hukum Allah maka orang Melayu mestilah menghilangkan sifat rasa bersalah tidak taat kepada pemimpin. Taat kepada pemimpin bagi orang Melayu mestilah bersyarat seperti syarat yang ada dalam Islam. Syarat pemimpin dalam Islam ialah pemimpin mestilah taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan pemimpin mestilah peminpin yang berakhlak.

Ketuanan Melayu taat pada pemimpin nombor 1. Pemimpin yang macam mana yang Melayu kena taat? Pemimpin yang tak mahu hukum Allah maka orang Melayu mesti tolak. UMNO berhujah bahawa ayat hukum Allah ini diturunkan untuk orang yahudi. Inilah hujah akal orang UMNO. Ayat hukum hudud/qisas berada dalam Al-Qur'an. Meyakini Al-Qur'an adalah salah satu rukun iman. Menolak Al-Qur'an kufur.

Berubah lah wahai ahli UMNO. Taat pada pemimpin bersyarat. Syarat ialah iman. Pemimpin yang sudah tiada keimanan, orang melayu mestilah tolak. Pemimpin Melayu yang sudah menolak Al-Qur'an dan Sunnah maka melayu mestilah tolak pemimpin ini. Pemimpin yang sudah menghalalkan judi, apakah masih ada iman? Menghalalkan yang diharamkan Allah apakah masih ada iman? Menyokong pemimpin yang menentang Al-Qur'an dan Sunnah maka anda masih meredhai mereka. Redha kepada kufur maka jadi kufur (maksud hadis). FIKIR-FIKIRKAN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.