Wednesday, June 2, 2010

Rombakan Kabinet bukti Bn penuh ahli parlimen tidak layak


Penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini.

Rombakan kali ini menunjukkan bagi Najib pemilihan parti politik yang menganggotai Bn lebih penting dari pilihanraya. Najib secara tidak lansung mengenepikan mandat rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.

Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

Petang tadi, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen (MP) sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Dr Chua Soi Lek, Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman petang tadi juga menyaksikan sekali lagi Ketua Pemuda Umno yang juga ahli Parlimen Rembau diketepikan begitu sahaja.

Ini jelas kerana Najib dibayangi rasa 'takut' terhadap Mahathir. Mahathir sudah tentu akan menyerang Najib jika berani memasukkan Khairy dalam kabinetnya.

Khairy nampaknya menjadikan pemuda Umno terpinggir dan malah Khairy juga pernah mengeluh kerana agihan wang bantuan baitulmal dan peruntukan wang kebajikan yang sukar diperolehinya di Rembau. Khairy punca penduduk Rembau dan pemuda Umno di sisihkan jika Khairy ada harga diri ia harus meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno.

Daripada barisan kabinet selepas rombakan jelas Najib seorang yang takut untuk melakukan perubahan, amat jauh dari janji transformasi beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.