Thursday, June 3, 2010

Live Kes Fitnah II : Dr Sayfooooooooooool Kata Tiada Kemasukan, Tapi Liwat Boleh Berlaku...Kah..kah..lawaknya


Kah..kah lawak...lawak..jom gelak ramai-ramai..no penetration but sodomy can take place without any injury. Ini keterangan Saksi ke-2, Dr Razali Ibrahim sebentar tadi.

Apa ke lawak Doktor ini.

Laporan perubatan dari HKL ini jelas nyatakan "tiada kecederaan... tiada penembusan konklusif terhadap dubur Sayfooooooool...woii..kalau takde kemasukan..kenapa ada liwat??

Jom semua, kita ketawakan saksi ke-2 ini, Doktor Bedah dari HKL..Siaplah ko lepas ini, dibelasah oleh 3 orang pakar dari luar negara..

Tapi ini yang mendebarkan..Dr. Razali ini kata membaca satu laporan, kata pengesat merasa B5, B6, B7, B8, dan B9 menunjukkan air mani...jeng..jeng..air mani sapa ni?? sekarang ni mahkamah berhenti rehat 10 minit..

Kisah Di Sebalik Tiada Kemasukan, Tapi Ada Perbuatan Liwat..

Sebelum iniDatuk Mohd. Yusof bertanya telah bertanya, apa jadi seterusnya apabila peralatan pemeriksa itu dicucuk masuk ke dubur Sayfooooooool untuk tujuan pemeriksaan. Dr. Mohd. Razali memberitahu mahkamah, selepas alat pemeriksa itu dimasukkan ke dalam dubur Sayfooooooool untuk mendapatkan beberapa sampel - satu - di luar, dua lagi dari dalam. apabila menarik semula peralatan itu keluar dari dubur Mohd. Saiful, beliau mengambil satu lagi sampel. Setiap sampel yang diambil diserahkan kepada Doktor Siew, doktor pakar yang juga saksi Sayfooooooool.

Peralatan yang digunakan untuk mengambil sampel dari dubur Sayfooooooool turut ditunjukkan kepada mahkamah untuk dikenal pasti oleh Dr. Mohd. Razali.

Dr. Mohd. Razali juga memberitahu mahkamah beliau familiar dengan bekas yang digunakan untuk menyimpan sampel yang telah diambil dari Sayfooooooool.

Mahkamah kemudian ditunjukkan dengan satu laporan pemeriksaan perubatan yang dibuat oleh Dr. Mohd. Razali oleh Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusoff.

Mohd. Yusof kemudian membacakan muka surat akhir laporan yang telah ditulis, tiada kecederaan, tiada kesan koyankan, tiada kemasukan berlaku. Dalam bahasa yang paling mudah, Mohd. Yusoff meminta Dr. Mohd. Razali jelaskan laporan perubatan yang telah ditulisnya.

Tiada keputusan muktamad dapat dibuat kerana laporan yang diterima tidak lengkap, jelas Dr. Mohd. Razali.

"Jika saya tidak menerima laporan lengkap,saya tidak boleh buat keputusan berlakunya liwat.

"Sebenarnya ada dua lagi sampel, dua spesimen selain sampel raktor yang diambil,'' kata Dr. Mohd. Razali.

Hasnurul Mohamed: Mohd. Yusoff membacakan laporan dari mukasurat tiga.Ini yang dimasukan ke dalam ringkasan laporan dan diiyakan oleh Dr. Mohd. Razali.

Hasnurul Mohamed: B5, B7, B8 - kita tidak ketahui di mana fail-fail itu berada. Adanya air mani dan air mani yang sama ditemui.

Kalau tahu di mana fail-fail itu berada, bolehkah kamu menulis laporan lengkap? soal Mohd. Yusoff kepada Dr. Mohd. Razali.

Berbalik kepada laporan asal yang ditulis oleh Dr. Mohd. Razali yang tidak tahu dimana B5,B7,B8 dan B9 berada dan tidak tahu bahagian mana sampel-sampel itu diiambil. Mohd. Yusoff. bertanya, Konsisten kah masih tiada kecederaan ke atas Mohd. Saiful"?

Semuanya adalah konsisten,'' jawab Dr. Mohd. Razali.

Mohd. Yusof bertanya, ada kemasukan atau tidak?

"Ada kemasukan. Walaupun tiada kecederaan," kata Dr. Mohd. Razali

Hasnurul Mohamed: Mahkamah berhenti rehat untuk 10 minit

Justice For All

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.