Thursday, June 3, 2010

cheGuBard dipanggil ke IPD Seberang Perai Tengah


Semalam menerima surat ke alamat rumah Ibubapa che'GuBard. Surat dari IPD Seberang Perai Tengah yang ditandatangani oleh ASP Subramaniam a/l Sananssy, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.

Surat itu meminta che'GuBard hadir untuk rakaman percakapan dibawah seksyen 112 KPJ kerana satu laporan polis telah dibuat ke atas che'GuBard (Kubang Semang Rpt : 1126/10)

che'GuBard percaya laporan polis itu dibuat oleh anggota polis yang hadir ceramah cheGuBard di Kubang Semang beberapa minggu lalu. Dalam ceramah tersebut dikupas bagaimana Umno, Bn (perikatan sebelum itu) malah negara ini lahir atas pemikiran pengasas negara Israel. Henry Gurney yang mengasaskan negara haram Israel dijulang dlaam sejarah negara ini kerana pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Penjajah di bumi ini dan memperkenalkan banyak perkara ke arah mengekang pejuang kemerdekaan sebenar sebaliknya mencipta pejuang kemerdekaan palsu yang menerima kemerdekaan palsu dari penjajah.

Dalam ucapan cheGuBard dengan jelas cheGuBard sebut Najib dan regim Bn harus sedia menerima kesalahan dan mengusir segera segala elemen yang menyumbang ke pada Israel jika tidak rakyat akan menghumban regim ini dan Najib sekali.

Ceramah cheGuBard juga menyentuh mengenai bagaimana kepincangan perbicaraan kes Altantuya yang gagal membawa senjata pembunuhan (pistol), mengenengahkan motif pembunuhan dan saksi utama Musa Safri (ketua pengiring Rosmah dan Najib) yang disebut oleh OKT gagal dibawa ke mahkamah.

Dalam kes Fitnah 2 terhadap DSAI cheGuBard mengangkat kembali fatwa Yusof Qardawi dan mengenengahkan 4 orang doktor termasuk 3 orang doktor yang ditetapkan oleh Polis menyatakan Saiful 'tidak diliwat' berasaskan lubang dubur yang tak luka lansung. cheGuBard sempat sebelum mengakhirkan ceramah menyentuh mengenai betapa kemungkinan bukti boleh dipalsukan. Dalam kes Tahun 1998 jelas seorang saksi Dr. Zahari bangun dalam kandang saksi dan dalam kenyataan yang berikrar sumpah menyatakan Musa Hasan dan Rodwan Yusof telibat memaksa beliau memalsukan bukti tompokan DNA di tilam. Akhirnya tilam dibuang sebagai bahan bukti sebaliknya Musa dinaikan pangkat menjadi Ketua Polis Negara dan Rodwan sebagai Ketua Polis Melaka.

Untuk semua fakta ini che'GuBard sedia bukan sahaja di siasat malah menjawab di depan mahkamah.

Beginilah 'baculnya' regim penguasa, mereka tak dapat berlawan hujah sebaliknya berselindung disebalik PDRM yang mudah diperalatkan.

InsyaAllah esok che'GuBard akan membalas surat tersebut melalui fax menyatakan tarikh yang sesuia untuk hadir ke IPD Seberang Perai Utara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.