Tuesday, June 1, 2010

Anwar Gagal Lawat Kondominum Kedua Kerana Makhamah Bawa Kunci Salah ?


Hakim perbicaraan kes konspirasi dua dan pasukan peguambela gagal dibawa melihat unit kondo kedua yang menjadi alibi kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana pihak mahkamah membawa kunci yang salah.

Peguambela memohon Hakim Zabidin Md Diah untuk meninjau unit kedua kondo ini seraya membuktikan bahawa Anwar mempunyai alibi kukuh, dan berada dalam satu mesyuarat pada masa kejadian liwat dikatakan berlaku.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama peguamnya Karpal Singh tiba di perkarangan kondominium Desa Damansara hari ini sekitar jam 2.30 petang tadi.

Namun hampir satu jam kemudian, mereka dilihat keluar dari kondominium berkenaan dan bergegas ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum prosiding bermula, Anwar memberitahu pemberita bahawa pasukan peguambela tidak dibawa melihat unit kondo itu seperti yang dimohon sebelum ini, sebaliknya dibawa melihat unit kondo pertama yang dikatakan lokasi berlaku kejadian liwat itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.