Sunday, May 2, 2010

RASIS HANYA BERLAKU DI BARAT: PUAD

Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata adalah tidak adil untuk melabelkan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai sebuah pertubuhan yang rasis hanya kerana ia mempertahankan kedaulatan perlembagaan.

Katanya apa yang diperjuangkan bukanlah bertujuan menjatuhkan atau 'mencuri' hak mana-mana pihak sebaliknya memperjuangkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

"PERKASA bukan rasis...tidak ada rasis dalam kamus budaya orang Melayu, rasis hanya berlaku di barat kerana kita tidak pernah melakukan penghapusan etnik.

Mane ler si puad ni dapat phd... rasis hanya berlaku di barat... kah -- kah...kah

"Bila PERKASA mempertahankan ketuanan Melayu, ia sebenarnya soal megah bangsa, soal maju bangsa dan bangga bangsa," katanya.



Puad berkata tuduhan sesetengah pihak bahawa Umno sebuah parti rasis sehingga menyebabkan peratusan pengundi Cina menurun dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu, adalah tidak tepat.

Katanya keadaan itu berlaku kerana mereka lebih banyak terpengaruh dengan isu-isu perkauman yang banyak dibangkitkan oleh parti DAP.

"Barangkali kerana kekeliruan tersebut banyak pengundi Cina beralih kepada (calon) Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu (Datuk) Zaid Ibrahim," katanya. (Tak berapa pasti jer bunyinya Puad)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.