|
Menurut Abu Seman, setakat ini, beliau sudah berbincang dengan empat pegawai kanan polis termasuk ketua jabatan siasatan jenayah serta pegawai penyiasat kes berkenaan.
“Kita akan juga memanggil saksi yang terdiri daripada orang awam jika diperlukan,” katanya pada sidang media di Putrajaya.
Beliau juga berkata panel khas itu juga akan melawat ke tempat kejadian pada jam 10 malam ini.
Mereka termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, bekas pesuruhjaya Suhakam Datuk Denison Jayasooria, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, ketua pegawai eksekutif ASLI Datuk Dr Michael Yeoh dan naib canselor UiTM Prof Abdul Halim Sidek.Abu Seman yang bertindak sebagai ketua akan dibantu oleh timbalan ketua setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Fuad Aziz.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.