Saturday, May 1, 2010

Laporan Polis Ugutan Bunuh TGNA

Berkaitan n3 gua yang bertajuk Ramai2 Jom Buat Repot Polis, di sini gua pastekan satu laporan Polis yang gua sendiri buat pagi tadi terhadap Pemuda Umno yang bangang nih, yang bercakap mengikut perasaan dengan akal sejengkal.


Tujuan gua buat laporan ini adalah;

1) Sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia supaya dengan tidak sesuka hati mengamalkan budaya ugutan terhadap sesiapa pun.

2) Sebagai mempertahankan keselamatan Tuan Guru Nik Aziz Bik Mat, secara tidak lansung jika ada perkara2 yang tidak di ingini berlaku dalam tempoh waktu ini hingga bila2 sahaja terhadap diri beliau, maka mamat ini adalah orang pertama yang kena cekup.

3) Sebagai pengajaran dan tauladan kepada mamat ini, supaya jangan berlagak dan bongkak seolah2 Malaysia ini tiada undang2.

Jadi gua menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang terbaca n3 gua ini agar dengan inisiatif masing2 supaya pergi membuat laporan polis di atas ugutan bunuh terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Khususnya kepada penyokong2 dan ahli PAS sekalian, di sinilah ujian sebenar bagi lu orang semua samada lu orang benar2 WALA' kepada pemimpin atau tidak...., apakah lu orang semua jenis spesis kecut teloq yang pandai melalak dan menyalak dalam ruangan komen blog dan blog masing2.

Sanggupkah lu orang mempertahankan Mursyidul Am PAS ini..... tepuk dada tanya kepala otak lu orang sendiri.....

Setakat yang gua tau DPPP sahaja yang membuat laporan polis, dan gua yakin tiada tindakan yang akan di ambil... kerana ini laporan dari parti Pembangkang. Isu akan menjadi berbeza jika ramai individu yang turut serta... maka tekanan kepada pihak polis tidak wajar di abaikan.

Jadikan kes Aduka Taruna sebagai contoh, di mana jika ikut situasi biasa... tiada apa2 tindakan terhadap beliau dan penulisan beliau akan di abaikan. Tetapi oleh kerana desakan melampau dan laporan polis daripada ramai individu yang membuatkan beliau kantoi.

Apakah kerana puak umno mengambil pendekatan desakan tersebut salah...? Ianya tidak salah... dan kenapakah pihak Pakatan Rakyat tidak mengambil pendekatan yang sama terhadap pemuda umno ini...?

Jawapannya.... penyokong dan ahli2 partinya lembab dan bangang dalam tindakan. Hanya pandai melalak.... sahaja.... inilah peluang terbaik buat semua orang untuk mempertahankan Pemimpin PAS ini.

Aduka Taruna di tuduh MENGHINA Sultan Johor.
Mohd Safuan Hilmi membuat ugutan BUNUH...

Yang mana satu lebih berat..... Menghina atau Membunuh, lu orang semua cerdik pandaikan.... terutama sekali penyokong dan ahli PAS... fikir2 kan lah.... wala.... jangan tak wala.... cehhhh.... wala taik kucing lu orang laaaa....

p/s: Gua melalut sebab gua tak telan pil wala'... sebab itu dengan fikiran yang waras dan dengan inisiatif sendiri tanpa mewakili mana2 parti politik... gua membuat laporan polis atas dasar tanggung-jawab gua sebagai rakyat Malaysia dan dasar hormat terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.