Thursday, April 1, 2010

Mangsa Tembak Mahu Serah Memorandum Kepada Hishamuddin Di Parlimen


KUALA LUMPUR 1 APR: Mangsa tembakan polis, Norizan Salleh hari ini mengunjungi sidang Dewan Rakyat bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein.

Ia berikutan beliau tidak mendapat sebarang jawapan daripada kerajaan selepas beberapa memorandum sama diserahkan sejak Januari lalu.

"Saya datang untuk mengetahui kenapa saya ditembak pada malam tersebut. Sampai sekarang saya tidak tahu apa sebabnya. Saya sangat terkejut dengan peristiwa itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, masing-masing satu memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Februari dan Suhakam 11 Februari lalu.

Norizan kemudian cuba menyerahkan memorandum itu kepada Hishamudin pada 25 Februari lalu di pejabat KDN, Putrajaya tetapi gagal.

Pada 30 Oktober 2009, Norizan ketika berada dalam kereta ditembak dan ditendang sehingga patah tulang rusuk ketika merangkak keluar dari kereta, dengan darah mengalir dari tubuhnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.