Thursday, April 1, 2010

Khairy Kehabisan Modal Jawab APCO?

Oleh: GONOD M

SEKALIPUN Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berhempas pulas menunaikan kehendak penyokong kerajaan BN untuk menjelaskan dakwaannya gagasan 1Malaysia ditiru daripada slogan ‘One Israel’ menerusi pembabitan APCO Worldwide namun selepas penjelasan itu masih ada pihak dalam kelab penyokong kerajaan bertindak untuk cuba memutarbelitkan penjelasan DSAI.

Penjelasan DSAI bukan sekadar cakap-cakap kosong bahkan beliau turut mengemukakan beberapa dokumen perjanjian kontrak di antara kerajaan Malaysia dengan APCO Worldwide termasuklah pendedahan DSAI tentang latar belakang APCO dan modus operandi firma komunikasi antarabangsa itu.

Sesiapa juga tentunya merasa gerun dan terkejut selepas DSAI menghuraikan bentuk kehadiran firma terbabit khususnya latar belakang APCO yang selama ini tidak difahami rakyat Negara ini bahawa rupa-rupanya ia mempunyai pautan dengan pemimpin pemimpin Negara Zionis yang selama ini ditakuti Malaysia kerana kekejamannya.

Apa tidaknya kalau ahli-ahli panel penasihat APCO terdiri daripada bekas-bekas Jenderal yang telah pun bersara dari perkhidmatan ketenteraan Israel di bawah pimpinan Ehud Barak, salah seorang diktaktor dan perancang utama meningkatkan tekanan kemanusiaan terhadap perang Palestin.

Hakikatnya, apa akan terjadi kepada rakyat di negara yang kita cintai ini jika ditakdirkan bahawa prinsip yang diperjuangkan menerusi firma komunikasi antarabangsa APCO yang terlalu condong kepada fahaman zionis berjaya menyusup masuk ke tubuh dan nadi pentadbiran Negara ini.

Siapakah akan bertanggungjawab? Bolehkah kemaraan itu disanggah lagi?

Prinsip perjuangan DSAI ialah kebimbangan dari aspek keselamatan Negara ini jika ia dibiarkan terus menular, sebaliknya bukan terbit dari perasaan hasad dengki mahupun kekuatiran lonjakan nama Perdana Menteri ke-6 hanya kerana slogan 1Malaysia, tetapi DSAI lebih mementingkan pencegahan penularan produk tiruan yang bakal menghancurkan Negara.

Berbalik kepada isu segelintir pemimpin penyokong kerajaan khususnya Ahli Parlimen Rembau yang terus melenting lalu beliau mengungkit soal moral yang bersifat peribadi selepas penjelasan dan bukti yang dikehendaki dimana semuanya tersedia oleh DSAI ketika diminta oleh Speaker Dewan Rakyat yang seakan akan menggambarkan ‘tiada kes untuk dijawab’.

Kebanyakkan masyarakat di sekeliling yang melihat kelibat KJ yang dilihat seakan akan tidak selesa duduk seraya berkata, “Mungkin juga MP Rembau sudah kehilangan modal untuk mengaibkan DSAI, itu sebab KJ tercari-cari akan jawapan lain untuk menyerang DSAI. Macam budak-budak pula ye!”

Seperkara lagi yang menyeksa pemikiran rakyat di negara ini bahawa kos kira-kira lebih RM20 juta dari dana rakyat terlibat untuk tujuan yang sia-sia itu menjadi lesap, sedangkan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar termasuklah beberapa kedaifan frasarana sekolah masih terbengkalai dan sedang menunggu suntikan peruntukan.

Mana dia slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”?

Ehsan Sabahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.