Friday, April 2, 2010

Kenyataan Khir Toyo, Peluang Sukar Jika Calon UMNO

Peluang BN untuk memenangi PRK Hulu Selangor sukar sekiranya meletakkan calon dari UMNO. Mantan MB Selangor, DS M.Khir Toyo berkata, walaupun majoriti penduduk di Hulu Selangor mewakili Melayu tinggi tetapi ia dilihat bukan faktor untuk meletakkan calon UMNO.

Beliau berkata jika UMNO meletakkan calonnya, BN tidak akan boleh menang kerana semua sudah sedia maklum kawasan tersebut merupakan kawasan MIC. Beliau menyarankan UMNO perlu mengikut tradisi berkenaan dan parti komponan BN perlu memberi sokongan penuh dan kerjasama dengan MIC.

Khir Toyo percaya MIC ada ramuan tersendiri untuk meletakkan calon yang sesuai bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya berkenaan. Apa yang penting, calon tersebut mesti mempunyai rekod yang baik.

Pada masa yang sama, MIC Hulu Selangor menyatakan sokongan sebulat suara untuk Datuk G Palanivel dipilih sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Hulu Selangor. G Palanivel yang juga merupakan pengerusi MIC dibahagian Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.