Saturday, March 6, 2010

Psst! Pemuda UMNO.. Banner dah dinaikkan dah ni..Jangan TK Jadi Pulak!

100 keping Banner kami dah naikkan di simpang-simpang jalan .. dari Pulau hingga ke Seberang Perai di Tanah Besar..

50,000 keping Handbill pun dah diedarkan kehampir seluruh Masjid-Masjid di Pulau Pinang dan juga Seberang Perai..

SMS dan e-mail juga telah dikirim, YB Sim pun dah update dalam facebook nya..

Permit perhimpunan pun dah dipohon dan juga telah diluluskan oleh pihak Polis..

Kebenaran menggunakan Tapak Ekspo Seberang Jaya pun dah diperolehi segala persiapan akan kami uruskan esok malam..

Anil Netto dan Wartawan Rasmi Laman Reformasi juga telah bersedia untuk membuat liputan secara live..

Sound System terbaik di Pulau Pinang pun dah bersedia dan akan dipasang pada petang Ahad ni bersama dengan 2 screen untuk projector..

Unit Amal, Unit Ehsan, Team Amal dan UKP (Unit Keselamatan Parlimen) telah dikerahkan untuk membantu melancarkan program..

Semua itu kami buat untuk menyambut kehadiran kehadiran Pejuang-Pejuang Bangsa Melayu yang sangat prihatin dengan nasib masyarakat Melayu Pulau Pinang ini..

Kami lakukan untuk menyambut Ketua Pemuda UMNO Norman Zahalan yang telah mengoyak surat jemputan kami hari itu dan menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri..

Kami lakukan juga untuk menyambut Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang yang telah mengatakan dia tidak mahu melayan cabaran dari 'ikan bilis' macam kami ini..

Juga kami telah sediakan kerusi yang empuk buat Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung biar dia selesa bila berbicara.. walaupun katanya dia hanya mahu berdebat dengan Guan Eng Ketua Menteri kami..

Gelangang telah kami sediakan, gelanggang terbuka yang akan dihadiri ribuan Melayu yang mencari jawapan bagaimana mereka dipinggirkan..

Gelanggang buat korang bertiga menunjukkan kepada Rakyat Pulau Pinang, orang-orang Melayu khasnya betapa gigihnya korang memperjuangkan Nasib Melayu Pulau Pinang..

Segalanya kami sediakan sebaik mungkin dengan peruntukan yang terhad..

Tiada apa yang perlu anda bertiga bawa kecuali otak yang telah terpahat dengan hujjah yang membuktikan bahawa Melayu Pulau Pinang memang dipinggirkan dan juga telur korang.. itupun kalau anda bertiga mempunyai telur…

Gelanggang untuk DEBAT PERDANA 2010 yang akan berlangsung pada 7 Mac 2010 ini..


Dan secara rasminya….

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) pada hari ini sekali lagi menegaskan cabaran kami kepada Trio ‘Norman-Jais-Rizal’ untuk berani tampil menyahut cabaran Debat Perdana Rakyat 2010 yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran”

Tarikh 3 Mac 2010 semalam adalah merupakan tarikh akhir untuk mereka menjawab cabaran dari pihak kami.

Tiada jawapan rasmi yang kami terima dari mereka bertiga, cuma seperti mana yang kita maklum, Rizal Faris (Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang) tidak mahu berdebat dengan ‘ikan bilis’ cuma mahu berdebat dengan ‘ikan jerung’, Jais Abdul Karim (Presiden GPMS) pula hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Norman Zahalan (Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang) yang ‘desperate’ tidak mahu hadir, sehingga mengoyakkan surat jemputan yang kami hantar dengan penuh adab kepada beliau.

Kepada Trio Norman-Jais-Rizal, buktikanlah kalian adalah benar-benar ‘Pembela Melayu’ dan bukannya ‘Pengeliru Melayu’.

Kepada Rizal, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang meningkatkan taraf ekonomi kaum Melayu di negeri ini dan bukannya lari bila berdepan dengan kebenaran di saat Melayu Pulau Pinang amat memerlukan anda.

Kepada Jais, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung bersungguh-sungguh komited berjuang membela nasib pelajar Melayu di Pulau Pinang dan bukannya lebih gemar menikus, pada masa dan saatnya mereka memerlukan penjelasan dan pembelaan dari anda.

Kepada Norman, buktikanlah kebenaran pada rakyat, bahawa anda sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang bersungguh-sungguh komited berjuang mengangkat martabat generasi muda Melayu di Pulau Pinang dan bukannya ‘terdesak’ mengelak untuk hadir sehinggakan dengan biadabnya mengoyak surat jemputan rakyat pada anda, untuk bersama mereka.

Justeru, kami, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP) mencabar Trio ‘Norman-Jais-Rizal’ untuk menyahut cabaran kami. Seluruh rakyat Pulau Pinang akan tunggu kalian hadir pada 7 Mac ini di Tapak Expo Seberang Jaya, sebagai ‘Anak Jantan’ dan bukannya lemah longlai seperti ‘Puteri UMNO’ adanya!

Kami Yang Membawa Amanah Rakyat.

sumber : anak sungai derhaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.