Wednesday, March 3, 2010

PERTAHANKAN DS ANWAR KERANA INI PUSINGAN TERAKHIR

TERLEBIH dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan syabas kepada DS Anwar kerana beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai prinsip.

Apabila beliau melihat bahawa di dalam partinya mempunyai masalah beberapa pemimpin yang Justify Full`berpenyakit' dan `lapar perut' sehingga beberapa Wakil Rakyat dari PKR `menjadi katak', beliau telah meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab.


Sebelum ini, DS Anwar merendah diri dengan mengakui akan kelemahannya iaitu terlalu mudah percaya kepada seseorang untuk dilantik menjadi pejuang rakyat. Akhirnya, beberapa orang yang dilantiknya itu berpaling tadah dan khianat kepada rakyat.

Bukan mudah untuk seseorang pemimpin itu mengakui kesilapannya, jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan pemimpin Umno/Bn. DS Anwar sendiri memohon maaf kepada rakyat yang mengundi `pemimpin khianat' itu, sedangkan si pengkhianat terus berada di dalam kekenyangan. Setelah menyedari pula PKR kini kekurangan wakil mereka di dalam Parlimen, DS Anwar merasa bertanggungjawab untuk menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada parti rakan di dalam PR.

Ini satu lagi sikap bertanggungjawan dan tidak gilakan kuasa yang ada pada DS Anwar. Alhamdulillah, rakan-rakan di dalam PR terus memberikan sokongan kepada beliau untuk terus berada di hadapan sebagai `Panglima' memimpin PR berdepan dengan Umno/Bn. Pengorbanan DAP dan PAS di dalam hal ini amat-amat kita sanjungi dan ini cukup menyakitkan hati dan jiwa Umno. Hasrat mereka untuk melihat DS Anwar terpinggir tidak menjadi kenyataan.

Umno sedar bahawa selagi DS Anwar masih aktif di dalam politik, segala cita-cita mereka untuk memperbodohkan rakyat tidak akan kesampaian. Tetapi mereka lupa, PR masih mempunyai pimpinan yang tidak kurang hebatnya dengan DS Anwar seperti Tuan Guru Nik Aziz yang kini semakin dipercayai oleh semua golongan masyarakat berbilang agama. Oleh itu, kita harus terus mempertahankan kedua-dua tokoh ini walau apa pun terjadi.

Musibah fitnah yang berlaku ke atas DS Anwar haruslah kita tentang seperti mana kita juga tetap menentang fitnah ke atas Tuan Guru Nik Aziz. Kes liwat yang dikenakan ke atas DS Anwar adalah fitnah terakhir dari tukang-tukang fitnah ini kerana mereka tahu sekiranya DS Anwar terpenjara sekali lagi, maka kerjaya politiknya pasti berakhir.

Seandainya mereka berjaya memenjarakan DS Anwar walaupun hanya selama 6 tahun sahaja, sudah pasti apabila DS Anwar bebas beliau sudah tiada upaya lagi kerana ketika itu faktor usia DS Anwar membataskan kegiatannya untuk terus berjuang. Inilah perkiraan jahat mereka. Justeru itu lah DS Anwar tetap bertegas dan penuh keberanian menyatakan kali ini beliau tidak akan ke penjara lagi. Kepada semua pimpinan di dalam PR, ayuh bangun mulai sekarang dan semarakkan semangat rakyat untuk bersedia menhadapi apa jua kemungkinan akibat permainan kotor puak-puak yang zalim dan rakus ini.

Pedulikan biar berapa puluh orang pun yang sanggup menjadi `pelacur politik' dengan menggadaikan amanah rakyat, biarkan mereka kekenyangan sehingga mati pecah perut sekali pun, kita teruskan perjuangan kita. Kita bukan tidak pernah susah dan sekarang kita tidaklah sesusah seperti beberapa tahun dahulu. PAS pernah alami kesusahan, begitu juga dengan DAP dan PKR pernah tinggal seorang sahaja MP di Parlimen. Semua itu kita berjaya tempuhi dengan berkat kesabaran dan perjuangan kental kita. Maka, mengapa kita perlu tangisi pemergian beberapa orang yang tidak sanggup berlapar ini?

Pemimpin kita difitnah, negeri kita dirampas, hak royalti kita juga dirompak, maka masihkah kita ingin bersenang lenang lagi? Umno tidak lagi sehebat dahulu sebab itulah perbagai muslihat dan kerja-kerja kotor mereka dirancang sedemikian rupa. Cuma, jika kita hanya sanggup memerhatikan sahaja tingkah laku umpama iblis itu, maka kita akan disumpah seranah oleh keturunan kita akan datang. Jika Najib berbangga dengan 1 Malaysia nya, kita juga boleh menentangnya dengan 1 kuasa iaitu kuasa rakyat.

Sempena dengan pengkhianatan beberapa orang dari kalangan kita yang tiada maruah itu, marilah kita berdoa siang dan malam dengan menyebut kesemua nama-nama mereka agar Allah kembalikan mereka kepada kita untuk meneruskan perjuangan ini, atau Allah laknat mereka di dunia mahupun di Akhirat. Amin Ya Rabbul Alamin./wfauzdin.blogspot.com

Posted by WFAUZDIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.