· Memang semasa nama Ibrahim Ali diumumkan sebagai calon mewakili PAS di Parlimen Pasir Mas pada PRU 12 dahulu hati saya terdetik mengapalah kaki lompat ini dipilih oleh PAS Kelantan. Apakah sudah tidak ada orang lain yang lebih layak.
Bukan apa saya sendiri tidak yakin bahawa Berahim ini akan istiqamah menyokong PAS sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas. Ini kerana saya sendiri mengalami pengalaman bersama si Berahim ini, bagaimana perangai dan tindak tanduknya sejak dari beliau menjadi pimpinan Semangat 46 dahulu.
Rupanya sangkaan buruk saya ini benar, tidak sampai 2 tahun selepas ditabalkan menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas, beliau mula menunjukkan belangnya menghentam PAS dan Tok Guru Nik Abdul Aziz secara terbuka tanpa segan silu.
Hari ini semasa perbahasan di Parlimen bagai kera naik tocang, beliau menghentam PAS, Anwar dan PR semahu-mahunya. Ternyata beliau lebih Umno dari orang Umno. Malah beliau kelihatan mahu menjadi juara perkauman Melayu sempit.
KOMEN :
Malu rasanya melihat kerenah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali Al-Kataki ini sebenarnya. Tergamak beliau menyuruh Saiful Bukhari Azlan (foto) bertemu dengan Dr.Yusof Al-Qardawi untuk melakukan sumpah laknat dihadapan ulamak terulung dunia itu.
Beliau langsung tidak boleh menilai kes yang berlaku secara ilmiah berdasarkan kepada fakta dan kebenaran itu sendiri. Sedangkan beliau tahu, di Malaysia sendiri tidak ada ulamak hatta dari UMNO sendiri yang berani mengeluarkan fatwa bahawa Saiful memang diliwat, inikan pula menyuruh anak muda itu bertemu Dr.Yusof Qardawi.
Buta mata dan buta hati agaknya Ibrahim Al Al-Kataki ini. Beliau masih mahu mempertahankan kekaburan kes ini sedangkan beliau tahu laporan perubatan terbaru yang dikeluarkan itu adalah laporan "sulit" dari Hospital Kuala Lumpur. Ini bermakna, secara logiknya kini sudah ada empat laporan yang dkeluarkan mengatakan Saiful tidak ada kesan klinikal diliwat oleh sesiapa pun.
Malah, Ibrahim lupa dua hari sebelum membuat laporan polis dia diliwat Anwar, Saiful telah mengadap Najib Razak kononnya mahu memohon biasiswa. Rasanya, jika anak Ibrahim Ali sendiri mahu minta biasiswa maka dia sendiri pun tidak akan berani ke rumah Najib "malam-malam buta".
Maka, apakah istimewanya Saiful disisi Najib dan Ibrahim Ali ini agaknya. Orang macam Ibrahim elok dihumbankan saja ke Laut Cina Selatan biar dimakan dek jerung-jerung yang amat suka makan "Al-Kataki" itu. Sudahlah bangang, tapi bodoh pula !! Manusia macam beliau ini tidak layak jadi wakil rakyat sebenarnya.
Kasihan benar orang Pasir Mas kerana terpaksa terus melihat "si katak ini terus memanggil hujan" ini terus dipelihara oleh puak-puak UMNO Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.