Tuesday, March 30, 2010

Anwar Dedah Dokumen Menghubungkan UMNO Dengan Syarikat Zionis (APCO)

Anwar telah mendedahkan dua dokumen yang menghubungkan:

1.0 UMNO dengan APCO
2.0 APCO dengan Ehud Barak

Ehud Barak seterusnya melancarkan program “1Israel” di Israel. Idea yang sama diamalkan di Malaysia tapi diubah dengan nama “1Malaysia”.

Ini bermakna segala maklumat strategik dan rahsia negara sudah pun berada pada tangan sebuah syarikat yang rapat dengan Regim Zionis Israel.

Sudahlah Najib Tun Razak berbangga semua maklumat perisikan Malaysia dalam tangan Amerika, sekarang ni hendak memberi maklumat kepada Israel pula? Patutlah Zahid Hamidi terkial-kial nak jumpa Presiden Israel baru-baru ni. Mungkin atas nasihat dan tunjuk ajar APCO.

Saya tak tau nak cakap apa lagi selepas ini. Saya cabar PERKASA mengutuk UMNO kerana mengambil syarikat Zionis/Yahudi sebagai syarikat konsultan. Saya tak sabar nak tengok reaksi Pemuda-Pemuda UMNO serta orang-orang mereka yang selama ini menista Anwar kononnya Anwar adalah agen Amerika dan Agen Israel.

Benarlah kata orang-orang tua:

”Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih”

Jangan-jangan APCO yang suruh puak-puak UMNO tuduh Anwar agen Israel/Yahudi?

Tulang Besi

ps Apa komen Parpukari dan Papa Gomo selepas ini agaknya?

Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja
Salhan K Ahmad Mac 30, 10 12:46pm

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.


Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.


Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.


"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.