Wednesday, March 31, 2010

Anwar dakwa MEB 'cedok' agenda ekonomi Pakatan



Salhan K Ahmad
Mac 31, 10
3:45pm
Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'mencedok' kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.

Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, Pakatan telah mengenalpasti beberapa kandungan utama dalam MEB yang mempunyai persamaan dengan AEM.

Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Lim Kit Siang pula berkata kerajaan sepatutnya membentangkan dasar tersebut di parlimen terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

"Ini menunjukkan kerajaan tidak serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa," katanya.

Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.