Sunday, March 28, 2010

Aik? Apehal 13 je? apesal tak buat 100 terus?


Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang disifatkan sebagai paling besar setakat ini, mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya dengan membuat 13 laporan polis terhadap dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dua pemimpin terbabit ialah Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail.

Laporan polis terhadap Anwar, yang juga ketua pembangkang dibuat berrhubung isu rancangan 16 September yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong kononnya sudah memberi perkenan bagi mendapatkan sokongan politik.

Ketua Wira Perkasa Arman Azhar berkata, 13 laporan itu dibuat terhadap Anwar secara berasingan oleh wakil-wakil pertubuhan dari 13 negeri di seluruh negara.

Kira-kira 100 ahli Perkasa berarak dari Dewan Tun Razak I, PWTC, tempat berlangsungnya mesyuarat ini, ke Ibu Pejabat Polis Daerah yang jauhnya kira-kira satu kilometer.Terdahulu mesyuarat agung tahunan Perkasa dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika ditemui pada sidang media di akhir mesyuarat agung tahunan Perkasa petang tadi, Arman berkata mereka membuat laporan tersebut bagi “mempertahankan institusi raja-raja Melayu.”

“Sebagaimana didakwa di Parlimen, Anwar menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk merealisasikan rancangan 16 September,” kata beliau.
Sehubungan itu beliau mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap Anwar sedangkan banyak laporan telah dibuat terhadapnya.
“Biasanya dalam kes-kes macam ini, polis akan bertindak dengan cepat, kita ada pengalaman. Tetapi apa bezanya antara Anwar dan orang lain?” kata beliau.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar PKR bulan lalu mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia untuk merealisasikan kerajaan Pakatan Rakyat di pusat.
Selain itu menurut Arman, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.
“Kami difahamkan wujudnya elemen menipu dalam rakaman ini...kononnya fatwa Dr Yusof berhubung kes liwat, jadi kami minta polis siasat,” kata Arman.

Perkasa juga membuat laporan meminta polis menyiasat penyebaran risalah yang ditandatangai oleh Saifuddin yang menerangkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.
Sambil berkata risalah itu menyertakan laporan awal doktor bahawa tiada kesan tembusan ke atas Saiful Bukhari Azlan, Arman memberitahu, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung.
“Ia satu bentuk subjudis... menghina mahkamah kerana prosiding sedang berlangsung,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.