Friday, February 5, 2010
SAIFUL BAKAL TERPERANGKAP DENGAN HUJAH PEGUAM ?
Gaya seorang `mangsa liwat'.....aku ingatkan YB mana tadi..
Apa tidaknya, Saiful perlu memahami setiap perkataan yang diucapkan di mahkamah. Jika beliau tersilap bicara maka buruk padahnya. Saiful sebelum ini telah beberapa kali memutar belitkan fakta kes liwatnya. Sekejap mengatakan diliwat beberapan kali oleh Anwar sekejap sekali. Kemudian sekejap suka sama suka kemudian dipaksa.
Ini jelas membuktikan yang beliau tidak konsisten dengan apa yang diucapkannya itu. Oleh itu kita harus melihat semua ini sebagai petanda awal yang perancangan mereka bakal menemui jalan buntu sebenarnya.
Saiful boleh bercerita apa sahaja di mahkamah tentang kejadian liwat tersebut, namun beliau harus sedar bahawa yang menyokongnya hanyalah seorang peguam "kelas tiga" bernama Zamri Idrus, ayah dan pakciknya sejak dulu kini dan pasti buat selamanya. Anwar dibela oleh barisan peguam yang cukup terkenal dan "highclass", dimana ia membuktikan mereka yakin untuk membela anak guamnya itu.
Dalam masa yang sama juga beliau harus sedar bahawa Anwar disokong oleh ribuan rakyat dan umat Islam seluruh dunia. Bukan itu sahaja, Anwar disokong juga oleh ulamak tempatan seperti Tuan Guru Nik Aziz serta ramai lagi. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga disokong oleh tokoh ulamak tersohor Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dan yang lainnya. Bukankah ini bukti jelas bahawa dunia melihat kes liwat ini hanyalah satu konspirasi politik jahat yang digunakan untuk menghancurkan serta menjahamkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebenarnya.
Dengan segala penjelasan ini maka ingatlah "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu adalah yang lebih utama". Anwar pernah menggunakan ayat Al-Quran itu ketika dibicarakan untuk kes liwat I dulu. Alhamdullillah akhirnya beliau dibebaskan dari mahkamah. Namun pembebasannya itu masih tidak digemari oleh orang-orang seperti Mahathir, Ghani Patail, Musa Hassan serta ramai lagi penyokong UMNO karat.
Mereka menganggap Anwar tetap bersalah dan keputusan membebaskan mantan TPM itu adalah terkhilaf. Lantaran itulah mereka percaya bahawa Anwar memang peliwat dan kes terbaru ini mengesahkan segalanya. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa Anwar sekali lagi difitnah dan Saiful Bukhari Azlan pula dijadikan "kambing hitam" pada kali ini. Apapun sama-samalah kita nantikan prosding seterusnya yang lebih panas hari ini].
Sumber: Pahang Daily Online
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete