Sunday, February 28, 2010
"Rais cakap, Anwar boleh nyalakan 'mentol' satu M'sia!"
Takkan Nak Biaq ANWAR saja nyalakan 'Mentol'.. Pimpinan Yang Lain Buat Apa..???? "Rais Yatim pernah cakap kat ana, Anwar ada kaedah nak nyalakan 'mentol' di segenap tempat di Malaysia."Jadi, bila dia (Anwar) nyalakan suis, satu Malaysia menyala (bangkit)!" kata Ahmad Lutfi.
Jutawan Onassis, pernah berpesan kepada anaknya. Kalau jumpa seseorang, sentiasa bawa buku kecil, macam 555. Simpan nombornya."Mana tahu, suatu hari nanti kita akan perlukan bantuan dia. Moralnya, kita kena berkenalan dengan semua orang," kata beliau lagi.
Pertemuan ringkas di Rafiya itu berlaku malam tarikh ajal Harakah baru-baru ini. Asalnya, kami cuma berbual mengenai program mingguan yang baru kami bersetuju mengenai tarikh awalnya; 3 Mac depan.
Rabu, selalunya hari 'cuti' selepas 'deadline' Isnin dan Selasa, maka, Rabu itu masa yang kami fikirkan sesuai untuk membuat pertemuan dengan mereka yang ingin bertukar-tukar fikiran dengan kami; pengendali Harakah.
Program mingguan ini memang kecil, tapi akhirnya Ahmad Lutfi berkata, yang kecil itulah yang kemudiannya boleh menjadi besar.
"Di Indonesia, bukan ceramah-ceramah besar itu yang menjadi revolusi, tetapi pertemuan kecil-kecil, kalangan karyawan, pengamal media.." kata beliau.
Saya baru nak menambah, bahawa antara sebab British mengalah ialah sebab perang-perang gerila yang dilancarkan secara berterusan oleh komunis.
Setiap hari ada saja ladang-ladang getah yang dibakar guna melumpuhkan ekonomi Empayar British. Kita kena ingat, British bukan sebuah negara, tapi empayar!
Tapi buah fikiran itu akhirnya tersangkut di celah-celah halkum, gagal dan tak sempat diluahkan.
Kami melihat pertemuan mingguan setiap Rabu itu sebagai nukleus kecil yang mungkin memberi impak besar dalam jangka panjang.
Grup Teh Tarik di FB
Dia tertarik dengan kisah saya http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs414.snc3/25014_1290302591578_1650648379_748282_947900_n.jpgsemalam ketika membincangkan peranan Grup Teh Tarik Facebook, kumpulan dewan perniagaan Melayu (pro-Umno) yang berusaha membuat pertemuan demi pertemuan dengan menteri dan VIP.
Kelmarin, dalam pertemuan bersama siswa-siswa, sempat saya hadir bertemu Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di Rumah Melaka dekat Istana Negara. Ali Rustam peduli hal siswa Aspirasi, juga dia berkhutbah panjang lebar mengenai isu nama Allah.
"Kita semua menang dalam pilihan raya universiti kan?" kata KM Melaka itu kepada siswa Aspirasi itu. Rupanya, dia ambil perkembangan hal kampus.
Dan dia kemudian bercakap panjang lebar hingga jam 7 petang. Hal itu, saya ceritakan, menjadi bahan bualan antara kami berdua.
"Elok juga kalau kita boleh tiru cara macam tu," kata Ahmad Lutfi lagi. "Kena juga panggil pimpinan Pakatan Rakyat bersemuka, pekena teh tarik dan ada pula sesi soal-jawab."
Cara salam khas antara bukan Muslim, bukan Muhrim
Kena ada satu kaedah bersalam antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Ini suatu bab lain pula. Amat kerap isu-isu dan polemik berlakon secara yang dituntut dalam Islam ini menghiasi bualan kami.
"Kalau tidak, yang bukan Melayu, bukan Islam akan anggap kita ni sombong atau biadap. Hal ni selesai kalau semua orang faham hukum, tapi dah ramai tak faham, nak buat macam mana? Terpaksa kita reka jenis bentuk isyarat salam baru."
Persoalan yang berbangkit di sini, adakah ini bererti, 'Menteri Kebudayaan' PR kena promosikan cara bersalam itu.
Yang tak terkeluar daripada halkum, jika mantan menteri kebudayaan, Kadir Syeikh Fahil boleh cipta cara bersalam ala M'sia, takkan Menteri Kebudayaan PR tak boleh cipta cara salam untuk lelaki, wanita bukan muhrim?
Akhirnya, isu Sembang Santai Rabu (Sesar) menjadi topik utama. "Setakat teh, kuih-kuih tu masih dalam bajet Harakah. Enta jangan bimbang," katanya kepada saya.
Kumpulan yang kecil-kecil inilah, seperti kata Ahmad Lutffi, akan tumbangkan BN. Tapi, kami bereksperimen untuk menatijahkan kejatuhan BN itu.
Pulang ke SPKB (Sekolah Pemikiran Kg Baru), saya membuka Kamus Dewan. Ia mempunyai makna berikut:-
1. beralih (sedikit-sedikit), berganjak, bergeser.
2. mendesak supaya beralih (cecair oleh benda padu dll)
Jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia = ke mana gunung disesar hilang kabus tampak juga, demikian pantun peribahasa yang ada kaitan dengan 'sesar' termuat di dalam Kamus Dewan itu.
Sesar, sesuai dengan namanya - sedikit demi sedikit, beralih, membuat suatu gerakan dengan cara desakan, perlahan-lahan akan menatijahkan gelombang juga akhirny, insya Allah Ta'ala.
"Kena buat jugalah 'banner', biar nampak 'kemaih' sikit," kata rakan saya itu.
Sebenarnya, angan-angan ini mengingatkan saya mengenai Khutbah Selasa yang dianjurkan Imam Hassan al-Banna ketika memimpin Ikhwan Muslimin itu. Ceramah-ceramah itu sungguh menyihir apatah lagi Al-Banna amat handal mengutip mutiara kata daripada al-Qur'an.
Cara dia mengolah setiap kejadian kejadian semasa lalu disesuaikan dengan al-Qur'an menyebabkan beliau dikenali sebagai al-Quran bergerak, sekali gus membuktikan al-Quran tetap kekal relevan sampai bila-bila.
Tapi, dengan segala kelemahan kami yang ada, tidaklah kami mampu pergi ke tahap itu. Apa yang penting, usaha-usaha itu perlu dilakukan segera!
Kritik filem
Demikian bualan itu tadi bermula dengan kritik filem. Kerap juga filem Ketika Cinta Bertasbih menjadi sasaran tema bualan sekali gus membuka tirai debat bahasan. Saya tak dapat komen, sebab tonton KCB 2 tanpa menonton KCB 1.
"Tapi, yang ana hairan," kata teman saya yang ghairah berdebat itu, "kenapa filem KCB itu tidak masuk ke Malaysia?"
Entah kepada siapa yang saya nak ajukan pertanyaan semacam ini. Laskar Pelangi pun tak masuk. Jeritan Kuntilanak, cerita hantu, lakonan Julia Perez (Jupe), ratu dangdut yang hot lagi bergetah itu boleh masuk pula.
Ada banyak lagi isu-isu umat yang boleh kita bicarakan di sini. Sama ada kita semua dapat turut, ikut bersama membincangkannya atau tidak, entahlah...
2:17 a.m, 27 Februari 2010
Sekolah Pemikiran Kg Baru
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.