Sunday, February 7, 2010

MENTERI TOLONG JAWAB !

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa harga barang tidak akan naik menjelang musim perayaan.

Tetapi tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.


Selain itu bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.Manakala kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1.


Dalam masa yang sama beberapa peruncit juga turut mengadu kepada CAP bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti milo, susu pekat masin dan rempah ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.


Itu belum lagi kenaikan harga barang basah seperti ikan, udang dan sotong yang menunjukkan kenaikan terlampau sehingga membebankan pengguna. Justeru itu saya meminta menteri berkenaan tolong jawab apa yang sebenarnya yang sedang berlaku.


Posted by angkasanuri

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.