Friday, February 19, 2010

HAJI NIZAR MELAWAT PULAU PASIR HITAM





Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa kerajaan agar segera menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik kepada para penduduk Pulau Pasir Hitam, yang terletak dalam daerah Taiping.

Dalam lawatannya ke pulau itu yang dihuni kira-kira 160 orang penduduk, beliau kesal kerana penduduk di Pulau itu terpaksa bergantung hidup pada bekalan air hujan dan jentera janakuasa elektrik.


Ahli Parlimen Bukit Gantang itu meluangkan masa kira-kira dua jam di atas pulau itu yang sekadar mempunyai kemudahan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan, balai polis dan pusat kesihatan kecil.


Beliau menaiki bot nelayan selama kira-kira 45 minit untuk sampai ke pulau berkenaan. Pulau berkenaan di huni oleh para nelayan dan selubungi hutan bakau.


lihatlah betapa foto ini menceritakan segalanya mengenai kesungguhan Haji Mohammad Nizar. Kelihatan beliau tekun mendengar permasalahan nelayan setempat semasa menaiki bot ke pulau berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.