Sunday, February 28, 2010

Fuhh..Kenyataan Melampau dan "Kurang Ajar" Zulkifli Nordin...

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai "bajingan" serta "balaci" yang rela dicucuk hidung seperti lembu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak mana yang cuba membatalkan sambutan itu dan mereka yang dimaksudkannya sebagai bajingan tersebut.

Katanya, pemimpin Islam seperti itu umpama lalang yang akan mengikut segala rentak yang dimainkan oleh pihak yang cuba membatalkan sambutan yang menjadi syiar bagi umat Islam di negara ini.

"Dan yang paling malang, ada di kalangan kita yang bersedia menjadi bajingan dan balaci mereka, menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.

"Bila kafir ini meniup ke kiri, maka terkinja-kinjalah kita berjoget ke kiri. Bila mereka menghembus ke kanan, maka terkial-kiallah kita berzapin ke kanan," katanya sewaktu membacakan khutbah sembahyang Jumaat, semalam.

Tambah Zulkifli, penghinaan itu berlaku kerana penyakit 'wahan' (cintakan dunia dan takutkan mati) apabila pemimpin Islam terbabit terlalu sayangkan kedudukan, jawatan dan habuan.

"Kita mengenepikan semua prinsip dan matlamat perjuangan demi mengejar impian keduniaan dan kerusi empuk kekuasaan.

"Hingga kita sampai mempertuhankan politik dan demokrasi. Kita takut kedudukan, jawatan dan habuan kita itu mati dan hilang.

"Maka hari ini kita menjadi umat yang hina di mana-mana sahaja kita berada. Yang tinggal hanya sejemput janggut dan senipis serban, kita hanya muncul Islam pada nama, tetapi tong kosong di dalam," katanya.



Oleh : Nangkubai pada 8:43 AM

4 komen:

TOTOKUmno said...

makin nyampah aku tengok zul kulom ni... aish!!
February 28, 2010 10:04 AM
melor45 said...

Ni dia raja munafik,setaraf raja katak si Brahim Ali, satu Malaysia, bercakap dan menulis macam dialah paling sempurna dan baik.Dia lupa dia paling banyak meninggalkan dosa di Kawasan Kulim B/Baharu,dua tahun jadi MP jumlah hari kerjanya tak sampai 60 hari dalam tempoh tersebut.Kalu dia kuli chekang dah lama kena tendang.Menipu penasihat PKR dengan berkata bahawa "Ana telah membaca khutbah disemua masjid ,didalam kawasan ana "Kalau jujur dan berani mai le balik Kulim B/Baharu dan jelir lidah tu diatas mimbar masjid Bkt.Apeng atau Parit Nibong dimana si munafik pernah berkhutbah dan menjadi imam,kami nak tengok lidahnya bercabang atau tidak,aku dah sedia gunting nak potong lidahnya.Insyaalah.
February 28, 2010 10:26 AM
Ayam said...

tok sah nak gebang la Zul kami biasa kerja dengan hang di Kulim kenai hang - kaki pembohong, penipu, lidah bercabang, panas baran, suka maki hamun, penjilat duit, putaq alam kalau hang jantan turun mai Kulim ...ghakkkkkkp tiuhhhhhhhh
February 28, 2010 10:36 AM
Panglima7 said...

Salam Tuanhamba,

Hamba Panglima 7 masuk mengadap. Tujuan hamba hanyalah satu. Mohon tuanhamba linkkan blog hamba Panglima7 dengan blog tuanhamba.

Terima kasih Tuanhamba.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.