Monday, February 8, 2010

Anwar Ibrahim atau Mahathir Jadi Barua Yahudi ??



Siapa Izinkan Kapal USS Nimitz Berlabuh di Port Kelang? Selama ni juak2 UMNO ke hulu ke hilir menuduh Anwar Ibrahim menjadi agen asing. Namun, semalam, salah sebuah kapal pengangkut kapal terbang, USS Nimitz, telah berlabuh di Port Kelang.

Kapal ini pernah terlibat dalam banyak operasi yang telah mengakibatkan kematian ratusan ribu umat Islam. UMNO buat keputusan untuk bekerjasama dengan kapal yang telah membunuh ratusan ribu nyawa umat Islam.


Jelas, UMNO sebuah parti yang “Kata Dulang Paku Serpih”. Di satu waktu buat tuduhan rambang ke atas Anwar Ibrahim. Di waktu yang lain menjadi pencacai Amerika dengan membantu kapal-kapal Amerika berlabuh dan menambah bekalan serta mengadakan latihan bersama dengan Angkatan Tentera Laut dan Angkatan Tentera Udara Malaysia.


Kalau UMNO bukan barua Amerika dan Yahudi, mengapa boleh diizinkan Tentera Laut Amerika berlabuh di Port Kelang? Hanya barua Amerika dan Yahudi sahaja yang akan memberikan keizinan sebegini.


UMNO memang parti munafik dan talam dua muka. Apa yang keluar dari mulut mereka adalah pembohongan semata-mata.


Benar nasihat kawan saya tempohari:


“Kalau orang UMNO sebut “Tuhan itu Satu” pun kamu jangan percaya. Bukan sebab apa dia sebut itu tidak betul, tapi sebab yang sebut itu adalah orang UMNO”.


Bagi saya, UMNO adalah parti di mana semua orang munafik dalam Malaysia berteduh. Munafiqeen mendapat kekuataan dengan bersatu di bawah UMNO.


Lagi pula, UMNO ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu, bukan untuk menyatukan orang Melayu.


Tulang Besi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.