Thursday, February 25, 2010

Akta Hasutan: Mata Polis Buta Sebelah?

Ini antara hasutan paling besar, tapi tak kena apa-apa pun!

Sejak akhir-akhir ini sudah beberapa orang Ahli Parlimen (MP) dan ADUN PR disiasat polis. Bukan disiasat kerana kes bunuh orang, rogol anak bini orang, rompak bank, bakar rumah ibadat dan sebagainya tapi disiasat di bawah Akta Hasutan. Antara yang disiasat di bawah akta ini sepanjang tiga bulan lalu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah M. Manoharan.

Dan hari ini, dua MP PR dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 7 Februari lalu. Mereka ialah R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS.

“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis. Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian. Salehuddin disiasat berikutan kenyataannya berhubung penggunaan nama Allah, manakala Sivarasa kerana menyentuh ketidak adilan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya sangat hairan mengapa jika yang brcakap itu orang PR, ia dikatakan hasutan, tapi bila isu yang sama disentuh oleh pemimpin BN ia bukan pula hasutan. Penerangan, barangkali? Natijahnya, pemimpin BN dan PR bercakap isu yang sama, cuma dari perspektif yang berbeza. Isu penggunaan nama Allah misalnya, ramai menteri yang bercakap, malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pun bercakap juga. Tapi mengapa ia bukan hasutan?

Begitu juga isu drama Liwat II Anwar, menteri pun bercakap juga. Walaupun bunyi cakap berbeza - menteri minta rakyat percaya dengan lakonan mahkamah, manakala pemimpin PR mempertikaikannya, tapi pokoknya kedua-dua pihak bercakap. Cuma bila tiba tindakan polis hanya nampak satu pihak salah, satu pihak lagi tak salah. Jika dua orang bergasak, kedua-duanya dipanggil polis untuk siasatan, tapi lain jadinya bila ia berkaitan dengan politik, hanya satu pihak yang nampak salah. Gila babi betul!

Jika polis jujur mereka kena siasat semua pihak. Dan jika polis jujur, antara pihak yang paling layak dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan ialah RTM dan TV3 kerana banyak beritanya kelihatan sangat menghasut, mengarut dan melaga-lagakan orang. Jika polis bertindak terhadap satu pihak semata, nanti orang ingat mata polis kita cacat dan cemeh, nampak sebelah mata saja.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.