Isu penggunaan kalimah 'Allah' yang diperbesarkan Umno-Barisan Nasional sehingga membawa kepada tragedi serangan ke atas beberapa rumah ibadat, adalah alat rejim pemerintah menghancurkan Pakatan Rakyat.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun usaha itu nyata gagal.
“Tujuan UMNO yang pertamanya adalah supaya Pas bergaduh dengan DAP dalam kes ini, Pas kata tidak boleh DAP kata boleh, pecah Pakatan Rakyat,"katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap dalam sesi program Mesra Rakyat yang dianjurkan PKR Cabang Kalumpang malam tadi.
Katanya bagaimanapun Pas mengambil langkah bijak dengan melakukan perbincangan bagi mengambil kira pandangan semua pihak termasuk mengkaji tafsiran al-Quran sebelum menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini.
Anwar berkata, Umno-BN sengaja menimbulkan ketakutan di kalangan orang Islam bahawa pengunaan kalimah ini bakal memesongkan akidah umat Islam.
Katanya, bagaimanpun jelas momokan Umno itu tidak tepat apabila wakil dari Sabah yang hadir di rumahnya kelmarin dalam sesi dialog bersama NGO menyatakan,selama 50 tahun kitab Injil yang ada di Sabah menggunakan kalimah Allah namun hanya seorang sahaja orang Islam yang murtad.
“Ini cerita sahaja, cerita Umno di semenanjung Umno di Sabah kata boleh pakai, Umno Kuala Lumpur pula tukar Wilayah boleh Umno Selangor tidak boleh. Apa benda ini? Kalau sudah kata tafsir Quran, ai tafsir Quran lah, ini tidak ada orang kata ini Islam Melayu, ia lain dari Islam Arab dan Islam India. Ada pulak Islam Melayu, Islam Arab dab Islam India,"katanya.
Anwar berkata jika benar pendirian Umno bahawa bukan ISlam tidak boleh menggunakan kalimah Allah, bagaimana Sabah, Sarawah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan dikecualikan daripada pendirian itu.
“Ini sebagai satu contoh bagaimana di Malaysia ini kerajaan Umno-Barisan Nasional haru bitu, macam mana tidak haru biru kalau Altantuya dibunuh sehingga kioni tiada jawapan, yang kena hanya orang bawah. Kenapa Najib tidak soal, saya hendak tanya bukan tuduhan tetapi mengapa tidak buat siasatan?,"katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.