ANJANG HALIM menunjukkan gerai Lemang Seladang miliknya yang dirobohkan MBI di Taman Soon Choon, Ipoh semalam.
IPOH - Kelazatan lemang Seladang mungkin tidak dapat dirasai lagi oleh orang ramai khususnya penduduk bandar raya ini apabila gerai yang sudah bertapak di Taman Soon Choon di sini lebih 20 tahun lalu, dirobohkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam. Pengusahanya, Anjang Halim Md. Saman, 57, mendakwa, gerai lemangnya telah dirobohkan MBI pada pukul 8 pagi tanpa sebarang notis pemberitahuan.
"Walaupun gerai lemang saya dibina di atas rizab jalan tetapi ia tidak mengganggu lalu lintas malah saya telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak. "Saya ikut semua syarat ditetapkan JKR Perak. Lagi pun saya telah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu, kenapa sekarang baru hendak dirobohkan," katanya ketika ditemui di tapak gerainya yang telah diroboh.
Lemang Seladang terkenal di bandar raya ini kerana keenakannya dan menjadi pilihan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pelancong asing seperti Hong Kong, Australia dan Singapura. Artis Hollywood, Jodie Foster juga pernah singgah di gerainya untuk menikmati lemang semasa dia melakukan penggambaran filem Anna and The King di bandar raya ini pada tahun 1999.
(sumber kosmo) sumber: anaksengat

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.