Saturday, December 5, 2009

SIASAT PUNYA SIASAT - DIDAPATI TIDAK ADA KES

KONTREKTOR INI SEDANG MENYAMAR SETIAUSAHA POLITIK MENTERI KANAN DISIASAT SPRM - mStar Seorang setiausaha politik menteri kanan yang dikatakan telah mengumpul berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Difahamkan, penyiasat kes tersebut pernah mendapat perintah bagi merampas dan membekukan beberapa harta miliknya termasuk kereta mewah dan rumah selain akaun bank yang telah pun dibekukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Menurut sumber, senarai rampasan harta tersebut termasuklah sekurang-kurangnya empat buah kereta mewah dan empat buah rumah dipercayai kepunyaan setiausaha politik yang berumur lewat 30-an itu. Suruhanjaya tersebut sedang menyiasat pembelian hartanya di kawasan Lembah Klang yang dikatakan diperolehi dari wang sogokan daripada kelulusan beberapa projek yang bernilai jutaan ringgit. Difahamkan, beberapa rampasan adalah di bawah nama setiausaha politik itu dan penyiasat akan memanggil nama-nama lain yang telah didaftarkan sebagai pemilik. Sumber juga berkata, pegawai penyiasat telah pun mengenal pasti beberapa individu lain yang turut terlibat dengan kes tersebut dan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Sebuah pasukan khas daripada suruhanjaya di Putrajaya juga telah pun memulakan siasatan kira-kira tiga minggu lalu berikutan maklumat yang mengatakan dia menjalani kehidupan mewah melebihi kemampuannya. Difahamkan bahawa siasatan terhadap setiausaha politik tersebut dikategorikan antara kes berprofil tinggi.
Sehingga kini, suruhanjaya masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan laporan dan maklumat yang telah diberikan oleh orang ramai. Pegawai suruhanjaya enggan mengulas tentang perkara ini ketika dihubungi.
KAH KAH KAH… kah kah kah…. BIAR BETUL… kah kah kah… JAMIN MALAON INI BUKAN DARI PAKATAN… kah kah kah.. KALAU DARI PAS… MESTI NAMA DAN GAMABR ADA..kah kah kah… KALAU DARI PKR… MESTI HEBOH SATU MALAYSIA…kah kah kah.. woit… KALAU ANGGOTA PAKATAN… MESTI ADA GAMBAR POLIS KEPONG RUMAH….kah kah kah.. KALAU AHLI PKR… MESTI ADA GAMBAR DALAM TV…kah kah kah.. woit… KALAU AHLI DAP … DAH KENA SIASAT SAMPAI MATI… kah kah kah.. woit... SIAPA MENTERI MALAON INI?... kah kah kah
sumber: tukartiub

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.