Friday, December 4, 2009

Perlantikan DS Anwar Mantapkan Lagi UPEN

Pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang berkuatkuasa hari ini tidak bercanggah dengan peranan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid. Malah katanya pelantikan Anwar ini dapat membantu meningkatkan lagi peranan UPEN dalam perancangan dan pembangunan ekonomi Selangor kelak.“UPEN ini adalah sebahagian daripada jentera kerajaan, dia akan menyokong lagi boleh jadi UPEN kena kerja lebih banyak lagi, kita dapat berkongsi, saya dan Datuk Seri daripada segi tugas-tugas kita, jadi maknanya dia akan memperhebatkan lagi tugas UPEN”, jelas Tan Sri Khalid. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sesi Taklimat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam petang tadi.
Tan Sri Khalid juga menambah kerajaan negeri bercadang menempatkan seorang pegawai UPEN di pejabat Anwar Ibrahim bagi melicinkan urusan perancangan ekonomi negeri nanti.“Kita juga bercadang untuk menempatkan seorang pegawai UPEN di bawah jagaan Datuk Seri Anwar supaya dapat perhubungan itu lebih cekap lagi”, tegasnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.